My Add

Tuesday 3 July 2012

90 peratus perkhidmatan dilaksana secara online pada 2015

PUTRAJAYA, SELASA, 03 Julai, 2012: Kerajaan mensasarkan 90 peratus daripada perkhidmatannya dilaksanakan secara online menjelang 2015, menurut Ketua Setiausaha Negara yang baharu Datuk Seri Dr Ali Hamsa.

Beliau berkata, sasaran itu penting bagi memastikan agensi-agensi kerajaan beralih menjadi kerajaan pintar bagi menggalakkan inovasi dan kreativiti dalam penyampaian perkhidmatan awam.

Untuk mencapai sasaran itu, Ali berkata, satu kajian kes untuk berkongsi projek Pusat Sehenti (OSC) yang dilaksanakan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menerusi pihak berkuasa tempatan di seluruh Malaysia baru-baru ini, telah meningkatkan prestasi penyampaian perkhidmatan-perkhidmatan kerajaan.

"Sehingga Mac 2012, sebanyak 1,957 permohonan projek pembangunan diterima menerusi sistem itu," katanya semasa menyampaikan ucaptama pada Persidangan Digital Kebangsaan 2012 di sini hari ini.

Beliau percaya, menerusi inisiatif itu, pelbagai proses yang terlibat dalam permohonan itu boleh dilakukan serentak manakala masa pemprosesan dikurangkan kepada kira-kira empat hingga enam bulan berbanding satu hingga dua tahun sebelum ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment