My Add

Friday 20 July 2012

Saham FGV dikawal rakyat Malaysia - Najib

JERANTUT, JUMAAT, 20 JulI, 2012: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata majoriti saham Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) dimiliki rakyat negara ini.

Beliau berkata majoriti saham itu diberikan kepada para peneroka dan badan-badan amanah di negara ini.

"Majoriti kita beri kepada peneroka dan badan-badan amanah kewangan tertentu seperti Tabung Haji, EPF (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja), PNB (Permodalan Nasional Berhad) dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Kampung Sejahtera Inspirasi Harmoni Felda (Kasih Felda) di Padang Piol, dekat sini, hari ini.

Najib berkata pemegangan saham itu bererti majoritinya dimiliki rakyat negara ini.

"Jadi daripada situ keuntungan FGVH akan memberi manafaat kepada rakyat Malaysia," katanya.

Beliau berkata kerajaan pusat juga memberikan saham FGVH kepada kerajaan negeri seperti kepada Pahang dengan dana berjumlah RM250 juta dan Sabah sebanyak RM200 juta.

"Kita beri keutamaan kepada negeri-negeri yang sediakan tanah kepada kerajaan (untuk program rancangan tanah Felda)," katanya.

Najib berkata hasil yang diperoleh Felda termasuk menerusi penyenaraian itu juga akhirnya bukan sahaja memberi manafaat kepada para peneroka tetapi juga kepada masyarakat keseluruhan di negara ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment