My Add

Sunday 1 July 2012

Saifuddin gagal jawab isu libatkan pembangkang

KUALA LUMPUR, SABTU, 30 Jun, 2012: Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Saifuddin Nasution Ismail perlu menjawab beberapa isu berkaitan para pemimpin pembangkang sebelum meminta penjelasan daripada Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin.

Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata, Saifudin mesti menerangkan mengapa PKR masih belum mengeluarkan kenyataan dan bukti bagi menyangkal dakwaan Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan bahawa Anwar dan isteri Azmin Ali, Shamsidar Taharin mempunyai hubungan sulit.

Menurut beliau, PKR juga masih belum membuat keputusan sama ada seorang biseksual layak menjadi Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang.

"Kita juga ingin tahu mengapa Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail enggan mengadakan sidang akhbar bersama Shamsidar.

"Selain itu, sehingga hari ini, Saifuddin masih gagal memberi penjelasan berkaitan surat sokongan beliau dalam skandal pasir di Selangor," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Baru-baru ini, Saifuddin meminta Awang Adek menjelaskan dakwaan beliau mempunyai hubungan dengan pemilik syarikat yang menerima kontrak mencetak 100 juta keping wang kertas RM2 semasa menjadi Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM).

Sehubungan itu, Anuar memberitahu, Saifuddin tidak layak mempersoalkan Awang Adek dalam isu yang direka oleh PKR memandangkan beliau sendiri gagal menjawab isu-isu membabitkan parti tersebut. - UMNO

No comments:

Post a Comment