My Add

Tuesday 24 July 2012

Sanusi nafi ditahan SPRM

ALOR SETAR, ISNIN, 23 Julai, 2012: Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor menafikan khabar angin menyatakan beliau ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana terbabit dengan kes rasuah berjumlah RM1.3 juta semalam.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Pemuda Pas Kedah berkata, berita yang tersebar dalam laman-laman web dan blog itu adalah fitnah untuk mencemarkan imej beliau.

"Sejak semalam, ramai orang telefon tanya saya mengenai berita itu tetapi saya beritahu semua itu adalah tidak benar dan janganlah sesiapa mempercayainya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beberapa laman web termasuk blog kedahan69.com menyatakan Muhammad Sanusi telah ditahan pada tengah hari semalam oleh SPRM berikutan satu tuduhan rasuah melibatkan wang sejumlah RM1.3 juta. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment