My Add

Monday 2 July 2012

Satu negeri sahaja rombak kepimpinan Pemuda UMNO

KUANTAN, AHAD, 01 Julai, 2012: Pergerakan Pemuda UMNO memutuskan hanya satu negeri yang terlibat dalam rombakan kepimpinan peringkat negeri bagi memantapkan jentera sayap itu menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, rombakan kepimpinan yang akan dilakukan dalam masa terdekat itu merupakan perkara biasa dan pernah dilakukan di beberapa negeri sebelum ini.

"Saya sentiasa memantau kepimpinan setiap negeri dan saya melihat kita perlu melakukan perubahan kepada negeri tersebut bagi memantapkan jentera dalam menghadapi pilihan raya.

"Kita memerlukan 'Jeneral' (ketua) untuk menghadapi 'peperangan' maka sudah tiba masanya saya membuat rombakan untuk mencapai kemenangan," katanya kepada pemberita selepas hadir di program Barisan Nasional (BN) Pilihan Orang Muda peringkat negeri di Dewan Jubli Perak di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment