My Add

Monday 2 July 2012

Tolak Pas demi selamatkan Islam

TUMPAT, AHAD, 91 Julai, 2012: Datuk Dr. Hasan Ali menyeru ahli dan penyokong tegar Pas menolak parti itu demi menyelamatkan Islam, Melayu dan institusi raja-raja yang disifatkan beliau menuju kehancuran angkara tindak-tanduk pakatan pembangkang.

Dalam siri jelajah ke-149 di padang Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di sini, malam tadi, Hasan menganggap beliau tertipu dengan parti itu yang kini tidak lagi memperjuangkan negara Islam dan kepimpinan ulama.

Beliau yang juga bekas Naib Presiden Pas berkata, dua prinsip utama perjuangan Pas itulah yang mendorong beliau menyertai parti tersebut suatu ketika dulu meskipun sebelum itu telah berkhidmat lama dengan kerajaan.

"Saya percaya dua sebab inilah yang mendorong kita semua masuk Pas. Saya sendiri mempunyai banyak pilihan tetapi saya memilih Pas kerana terpesona dengan perjuangan negara Islam dan kepimpinan ulama yang mereka laung-laungkan," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment