My Add

Saturday 14 July 2012

Saya tiada kaitan dengan Himpunan Oren: Tun Abdullah

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 13 Julai, 2012: Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, menegaskan beliau tidak terbabit dan tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan kumpulan yang berhasrat untuk mengadakan perhimpunan 'Oren' esok. 

Sehubungan itu, Abdullah kesal dengan tindakan kumpulan itu yang menggunakan gambar beliau pada poster mereka. "Mereka tidak patut menggunakan nama atau gambar saya untuk apa jua matlamat mereka," katanya dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) melalui pegawai khasnya kepada BERNAMA di sini, hari ini. 

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan kumpulan tertentu yang menggunakan gambar beliau dan tokoh veteran Umno yang juga Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, pada poster Himpunan Oren. 

Tengku Razaleigh bagaimanapun enggan mengulas berhubung perkara itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment