My Add

Saturday 28 July 2012

Seagate berperanan penting industri simpanan data Singapura

SINGAPURA, SABTU, 28 Julai, 2o12: Syarikat seperti Seagate Singapore memainkan peranan penting dalam pembangunan berterusan industri penyimpanan data Singapura, kata Menteri Perdagangan dan Industri negara itu, Lim Hng Kian.

Beliau menyifatkan syarikat itu sebagai rakan yang bernilai dalam memangkinkan pertumbuhan industri penyimpanan data Singapura dan transformasinya ke kedudukannya sebagai peneraju pada masa ini.

Bercakap pada majlis makan amal ulang tahun ke-30 syarikat berkenaan, Lim berkata, dari operasi pemasangan cakera keras yang mudah dan senang, Seagate Singapore kini mengendalikan pembuatan cakera keras media, penyelidikan dan pembangunan serta aktiviti ibu pejabat antarabangsa. 

"Kerjasama Singapura dengan Seagate bermula pada 1982 dengan Seagate mewujudkan kilang pemasangan bersama untuk komponen pemacu cakera di sini. Ia juga adalah kilang pengeluaran pertama Seagate di luar Amerika Syarikat. 

Tidak lama kemudian, Seagate mewujudkan kilang pemasangan akhir cakera kerasnya yang pertama di Singapura. 

"Pelaburan ini menandakan kelahiran industri pemacu cakera keras Singapura," katanya. 

Daripada pelaburan awal inilah, Lim berkata, kami sudah berkembang dan menjadi lokasi pembuatan terbesar dunia untuk pemacu cakera keras dan menjelang 2009, kami menjadi pengeluar terbesar dunia untuk pemacu perusahaan, menguasai hampir 80 peratus penguasaan pasaran. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment