My Add

Sunday, 29 July 2012

Segera tubuh Majlis Ulama Negara

Oleh YATIMIN ABDULLAH
PASIR MAS, SABTU, 28 Julai, 2012: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) meminta kerajaan segera menubuhkan Majlis Ulama Negara bagi menangani masalah perpecahan umat Islam akibat penyelewengan akidah dan ketaksuban berpolitik.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, perkara ini akan menjadi lebih parah dan tidak boleh diubati sekiranya usaha menangani masalah tersebut tidak dilakukan dengan segera.

Menurutnya, kegilaan menggunakan Islam untuk tujuan politik amat ketara mutakhir ini dan ianya seolah-olah memperdagangkan agama dengan situasi tersebut dapat dilihat di negeri Kelantan.

"Di Kelantan saya lihat banyak sepanduk dipasang dan menggunakan ayat-ayat yang bagus antaranya membanyakkan sedekah, doa, selalu membaca al-Quran. Tetapi yang kurang bagusnya di bawah sepanduk itu diletakkan lambang tertera undi Pas," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment