My Add

Sunday 29 July 2012

UMNO Tanah Merah bantu 5,000 asnaf

*AHMAD Maslan (tiga dari kanan) diiringi Ikmal Hisham (tiga dari kiri) beramah mesra bersama Ahli Jawatankuasa UMNO Tanah Merah sewaktu Majlis Berbuka Puasa di Sekolah Menengah Kebangsaan Belimbing, Tanah Merah, Kelantan, semalam.

TANAH MERA, SABTU,H 28 Julai, 2012: UMNO Bahagian Tanah Merah akan menghulurkan sumbangan zakat kepada lebih 5,000 asnaf termasuk ibu tunggal dan warga emas sempena Ramadan dan sambutan Aidilfitri.

Ketuanya, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata, sudah menjadi tradisi pada setiap kali Ramadan dan Aidilfitri UMNO bahagian berkenaan akan menghulurkan sumbangan kepada golongan yang memerlukan.

''Ia merupakan komitmen UMNO Tanah Merah kepada penduduk dikawasan ini.

"secara tidak langsung ia sedikit sebanyak mampu mengurangkan bebanan mereka dalam menyambut bulan mulia ini,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Berbuka Puasa bersama Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan.

Majlis yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Belimbing di sini, malam tadi jelas memperlihatkan perpaduan kukuh umat Islam di kawasan tersebut.

Ikmal Hisham menjelaskan, UMNO Bahagian Tanah Merah juga akan meneruskan usaha membantu penduduk di daerah ini bagi membolehkan mereka menikmati taraf kehidupan lebih baik pada masa hadapan.

''Kita juga akan memberikan fokus kepada aspek kebajikan terutama melibatkan pendidikan anak-anak Tanah Merah,'' katanya.

Beliau berkata, usaha UMNO bahagian selama ini telah berjaya membantu pendidikan anak-anak Tanah Merah sehingga ramai yang melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi di dalam dan luar negara.

Mengenai gerak kerja parti, Ikmal Hisham yakin pendekatan yang digunakan selama ini diterima oleh rakyat.

"Ini membuka peluang kepada Barisan Nasional (BN) untuk menguasai semula kerusi Parlimen dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri di sini," ujar beliau.

Katanya, penduduk Tanah Merah sememangnya sangat dahagakan perubahan memandangkan wakil rakyat yang ada tidak mampu membela nasib mereka.

Beliau berkata, rakyat di kawasan Parlimen ini akan menikmati banyak perubahan ketara jika UMNO dan BN diberi mandat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment