My Add

Wednesday 25 July 2012

Selangor didakwa sengaja halang Langat 2

KUALA LUMPUR, SELASA, 24 Julai, 2012: Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor di bawah pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim didesak agar berhenti main tarik tali dengan Kerajaan Pusat berhubung pembinaan Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 (Langat 2).

Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan (gambar) berkata, kerajaan negeri tahu projek Langat 2 amat diperlukan rakyat tetapi mereka bertindak menghalang pembinaannya hanya kerana ia merupakan projek di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Mereka tahu krisis air yang sedang dihadapi penduduk negeri ini, namun mereka tetap berdegil dengan mengatakan Langat 2 tidak diperlukan.

"Tetapi jika Kerajaan Pusat menyerahkan projek pembangunan Langat 2 kepada pihak tersebut, pastinya mereka akan melaksanakannya demi memenangi hati rakyat Selangor," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment