My Add

Saturday 14 July 2012

Selangor, Pulau Pinang tak pernah beri tanah bina sekolah

SUNGAI PETANI, SABTU, 14 Julai, 2012: Kerajaan Persekutuan terpaksa memberikan tanah miliknya untuk pembinaan sekolah di Selangor dan Pulau Pinang berikutan dua negeri pembangkang itu tidak memberikan tanah mereka untuk tujuan itu, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zakarshi. 

Malah, beliau mendakwa kerajaan kedua-dua negeri mengubah tanah-tanah disedia untuk pembinaan sekolah bagi tujuan komersil seperti kawasan perindustrian.

"Kerajaan Selangor dan Pulau Pinang tidak serius dalam soal pendidikan. Mereka langsung tak beri tapak tanah untuk buat sekolah...sekelumit tanah pun tak ada. 

"Kerajaan Pusat terpaksa mengorbankan beberapa tanah miliknya untuk dibina sekolah termasuk sekolah jenis kebangsaan Cina bagi memastikan kemudahan sekolah di kedua-dua negeri itu mencukupi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Perwakilan Puteri UMNO Bahagian Sungai Petani di sini hari ini. 

Hadir sama Naib Ketua Puteri Umno Malaysia Shahanim Mohd Yusoff yang juga Ketua Puteri UMNO Sungai Petani. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment