My Add

Tuesday 24 July 2012

Sokong penubuhan, tolak usul sayap parti

SHAH ALAM, SELASA, 24 Julai, 2012: Cadangan mewujudkan kembali majlis ulama Umno boleh dipertimbangkan kerana usaha ini akan menggabungkan Ulama dan Umarak (pemimpin) dalam satu badan berkecuali.

Bagaimanapun, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata, cadangan menjadikan majlis ulama sebagai sayap parti tidak wajar dilaksanakan.

Menurutnya, kewujudan majlis ulama inisiatif baik kerana Umno memerlukan golongan ini sebagai jambatan kepada hubungan antara ulama dengan pimpinan lain.

"Saya rasa dalam parti pembangkang ada parti yang mewujudkan dua sudut pandangan pemimpin iaitu, ulama memberi nasihat kepada umarak.

"Seharusnya golongan ini dikumpulkan untuk memberi pandangan mereka berkaitan dengan Islam," katanya.

Beliau mendakwa, kebanyakan pelajar lulusan agama dari Timur Tengah tidak memahami perjuangan kerajaan, hentam kerajaan dan menuduh kepimpinan Umno sebagai sekular dan tolak Islam.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Idris Haron berkata, usul mewujudkan semula majlis ulama adalah baik, namun beliaucadangkan golongan itu menjadi komponen dalam parti bagi mendukung kumpulan sayap pergerakan politik.

"Ulama seharusnya ada sebagai pelengkap kepada perkara berkaitan agama yang tidak melibatkan parti.

"Kita tak mahu kehadiran mereka dianggap seperti Pas yang halalkan cara pemimpin tidak bermoral untuk melakukan kekacauan, sekali gus mengundang persepsi buruk terhadap ulama," katanya.

Katanya, kepimpinan ulama tidak boleh mengia perkara tidak betul dan bersifat lebih politik daripada ahli politik. - SINAR HARIAN-

No comments:

Post a Comment