My Add

Tuesday 3 July 2012

SPA perkenal dua dasar baru permohonan jawatan

KUALA LUMPUR, ISNIN, 02 Julai, 2012: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah memperkenalkan dua dasar baru bertujuan meningkatkan peluang permohonan jawatan ke sektor awam berkuat kuasa semalam.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan di sini, salah satu dasar tersebut ialah membenarkan calon memiliki Ijazah Sarjana Muda memohon jawatan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Ia bertujuan membolehkan semua calon bersaing bagi mana-mana jawatan bersesuaian tanpa sekatan tahap kelayakan akademik yang dimiliki.

"Sejak ia dilaksanakan, seramai 852 calon memiliki Ijazah Sarjana Muda telah mengemukakan permohonan ke jawatan yang berkelayakan SPM," kata kenyataan tersebut.

Tambah kenyataan itu lagi, dasar baru diperkenalkan turut membenarkan calon mengemukakan permohonan sehingga 15 jawatan pilihan berbanding lima sahaja. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment