My Add

Saturday 21 July 2012

Sukuk akan diterbitkan dalam Renminbi

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 20 Julai, 2012: Kerajaan merancang membenarkan penerbitan sukuk dalam mata wang Renminbi berikutan prestasi yang kukuh mata wang negara China berkenaan berbanding Dolar Amerika.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai berkata, ketika ini, Bank Negara hanya membenarkan penerbitan sukuk dalam mata wang Ringgit dan Dolar Amerika tetapi keadaan semasa semakin berubah.

Katanya, perdagangan Malaysia ke China dan dunia ke negara itu telah menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan dan seterusnya mengukuhkan mata wang berkenaan.

"Semakin tinggi perdagangan dengan China, semakin banyak nilai Renminbi dalam tangan pedagang tersebut.

"Perdagangan akaun dalam Renminbi telah dilaksanakan di Hong Kong dan baru-baru ini di Singapura. Ramai yang mahu memegang Renminbi, berbanding Dolar Amerika dan Euro kerana kekuatannya," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment