My Add

Sunday 15 July 2012

Syor suruhanjaya gubal draf hudud

Oleh YULPISMAN ASLI
PASIR MAS 14 Julai - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mencadangkan supaya kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja atau Jawatankuasa Khas bagi menggubal draf hukum hudud untuk memberi kefahaman kepada masyarakat mengenai hukum berkenaan.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, langkah tersebut dilihat dapat mengelak hukum hudud daripada terus dijadikan polemik dan alat politik oleh parti atau pihak berkepentingan semata-mata bagi meraih sokongan.

Selain itu, katanya, ia dapat memberi penjelasan menyeluruh kepada masyarakat Islam dan bukan Islam mengenai hukum tersebut yang sebenarnya dituntut oleh Islam.

"Penggubalan draf hukum hudud itu sebagai satu cara untuk kita memberi kefahaman kepada orang Islam dan bukan Islam tentang kebaikan hukum hudud." ujarnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment