My Add

Sunday 15 July 2012

BN bidas MPPP keluarkan senarai 37 'projek cacat'

PULAU PINANG, SABTU, 14 Julai, 2012: Barisan Nasional (BN) negeri membidas tindakan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) mengeluarkan senarai 37 projek di lereng bukit antara 1985 dan Mac 2008 kerana ia adalah senarai 'projek yang cacat'.

Pengerusi BN negeri, Teng Chang Yeow berkata, ini kerana terdapat projek di dalam senarai itu yang didapati telah bertindih selepas pihak pemaju membuat pindaan terhadap pelan pembangunan.

Menurutnya, antara pertindihan itu ialah projek pembinaan pangsapuri mewah di lot 9024 pada tahun 2005 oleh sebuah syarikat pemaju.

''Pada 2006, pelan berkenaan telah dipinda dan pihak berkuasa memasukkannya sebagai satu projek baru, pada hal ia merupakan satu projek yang sama dan hanya pindaan yang dibuat.

''Kes kedua pula melibatkan padang golf yang dikatakan berdaftar pada 1995 tetapi pemaju memohon menukar status kepada projek perumahan pada 2005 tetapi MPPP menjadikannya sebagai dua projek,'' katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis 'Semboyan Dibunyikan' di Parlimen Bayan Baru, Sunshine Square, Bandar Bayan Baru di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment