My Add

Saturday, 14 July 2012

Taylor Swift selebriti muda terkaya

WASHINGTON, JUMAAT, 13 Julai Penyanyi Taylor Swift mendahului senarai selebriti bawah usia 30 tahun yang menerima bayaran tertinggi di Hollywood, dengan memperoleh pendapatan berjumlah AS$57 juta (RM178 juta) dari Mei tahun lalu hingga Mei ini, menurut majalah For, 2912:bes.

Forbes melaporkan, penyanyi berusia 22 tahun itu memperoleh pendapatan tertinggi selepas menjayakan sebanyak 111 konsert menerusi siri jelajah Speak Now di Amerika Utara dan Australia.

Setiap daripada konsert yang dijayakannya, Swift dilaporkan menerima keuntungan secara purata sebanyak AS$1 juta (RM3.1 juta) selain penjualan album yang mendapat anugerah platinum dan menjadi duta pelbagai produk.

Penyanyi itu dijangka melancarkan album terbarunya pada Oktober ini.

Penyanyi pop sensasi remaja, Justin Bieber, 18, menjadi satu-satunya selebriti lelaki yang berada dalam senarai lima teratas dan pada kedudukan kedua dengan pendapatan sebanyak AS$55 juta (RM171 juta).

Memperoleh pendapatan sebanyak AS$53 juta (RM164 juta) membolehkan penyanyi Rihanna berada di tempat ketiga.

Jika tahun lalu Lady Gaga mengungguli senarai dengan pendapatan sebanyak AS$90 juta (RM279 juta), namun tahun ini menyaksikan penyanyi berfesyen pelik itu jatuh di tempat keempat dengan AS$52 juta (RM161 juta).

Sementara itu, tempat kelima menjadi milik penyanyi Katy Perry yang memperoleh pendapatan sebanyak AS$45 juta (RM140 juta). - AFP

No comments:

Post a Comment