My Add

Saturday, 14 July 2012

Kemiskinan bukan lagi faktor penghalang

DUNGUN, JUMAAT, 13 Julai, 2012: Kemiskinan bukan lagi faktor penghalang bagi mencapai kejayaan dalam pelajaran kerana Barisan Nasional (BN) melalui usaha tanpa jemu telah menyediakan pelbagai pendekatan, kemudahan dan bantuan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pembangunan bidang pendidikan yang menjadi asas kepada kesejahteraan hidup rakyat tidak akan terhenti malah terus diperkasakan.

Beliau menjelaskan, segala usaha kerajaan melaksanakan pelbagai program transformasi pendidikan sejak sekian lama yang selaras dengan tuntutan Islam adalah bagi memastikan seluruh rakyat mendapat pembelaan terbaik.

"Kemiskinan bukan satu kekangan dan halangan untuk maju. Anak keluarga miskin bukan tak boleh dididik.

"Malah, tak kira latar belakang sosioekonomi, dia boleh jadi insan berjaya kerana ada peluang pendidikan yang disediakan kerajaan," katanya.

Perdana Menteri berucap merasmikan program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) Warga Universiti Teknologi Mara (UiTM) dari seluruh negara dan majlis Kenduri 100 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di Arena Square, di sini hari ini.

Kira-kira 20,000 orang, kebanyakannya pelajar UiTM dari seluruh negara di samping masyarakat setempat menghadiri majlis tersebut.

Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said; Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Tengku Putera Tengku Awang; Penyelaras BN Parlimen Dungun, Datuk Rosli Mat Hassan dan Naib Cancelor UiTM, Datuk Prof. Dr. Shahol Hamid Abu Bakar.  - UTUSAN

No comments:

Post a Comment