My Add

Thursday 5 July 2012

Tiada masalah teknikal untuk Lynas beroperasi: ASM

KUALA LUMPUR, RABU, 04 Julai, 2012: Projek pemprosesan nadir bumi milik Syarikat Lynas Corporation Ltd di Gebeng, Pahang, tidak menunjukkan wujudnya masalah dari segi teknikal, kata Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Sains Malaysia (ASM), Dr Ahmad Ibrahim. 

Beliau berkata, tiada halangan mahupun sebab utama mengapa kerja pemprosesan nadir bumi tidak boleh dijalankan di negara ini kerana dari segi teknikal kilang Lynas akan menggunakan teknologi semasa.

 "Hasil kajian ASM mendapati tiada masalah dari segi teknikal untuk Lynas beroperasi kerana sumber yang akan diproses dari China dan Australia nanti adalah sumber yang sama yang diproses oleh kilang berusia hampir 50 tahun di Perancis. 

"Bayangkan kilang yang hampir 50 tahun beroperasi di bandar pelancongan La Rochelle di Perancis itu masih utuh dan diakui selamat, inikan pula kilang di Gebeng itu yang menggunakan teknologi semasa," katanya selepas diwawancara dalam rancangan terbitan Radio 24 di Wisma BERNAMA. 

La Rochelle milik Kumpulan France's Rhodia adalah pelopor dalam perniagaan nadir bumi bagi Perancis di mana ia adalah satu-satunya syarikat perindustrian bersepadu yang menjalankan operasi pembuatan dan bekalan bahan mentah seperti kilang nadir bumi di China. 

Pada 25 Jun lalu, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) mengenai Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) membentangkan hasil laporannya di Dewan Rakyat dan mengesyorkan supaya Lesen Pengendalian Sementara (TOL) dikeluarkan bagi membolehkan kilang Lynas beroperasi. 

Laporan itu turut mengesyorkan kilang berkenaan boleh memproses bahan mentah secara berperingkat dan terhad serta dikawal selia secara berterusan oleh agensi penguat kuasa. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment