My Add

Sunday 29 July 2012

Timbalan PM lawat bazar Ramadan Indah Permai, Sepanggar

KOTA KINABALU, SABTU, 28 Julai, 2012: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat lawatan ramah mesra di Bazar Ramadan Indah Permai, Sepanggar dekat sini sejurus tiba dari Kuala Lumpur. 

Muhyiddin, yang diiringi Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, tiba di bazar berkenaan kira-kira jam 4 petang dan melawat 176 gerai yang menjual pelbagai juadah untuk berbuka puasa. 

Turut sama ialah isteri beliau, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, isteri Musa, Datin Seri Faridah Tussin dan Pembantu Menteri Kemajuan Sumber dan Teknologi Maklumat Negeri, Datuk Jainab Ahmad Ayid, yang juga ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Karambunai. 

Lebih 500 orang sibuk membeli juadah berbuka puasa di bazar itu ketika Muhyiddin melakukan lawatan. 

Beliau akan berbuka puasa bersama rakyat di Masjid Jamek, Kampung Likas dan merasmikan Anjung Ilmu masjid berkenaan serta menyampaikan zakat kepada warga emas, ibu tunggal serta saudara baru. 

Turut diadakan pada majlis itu, penyampaian kunci rumah kepada pemilik rumah Projek Perumahan Rakyat (PBR) dan penyampaian sumbangan kepada Masjid Jamek oleh beberapa tokoh korporat yang keseluruhannya bernilai RM70,000. 

Pada siri lawatan Muhyiddin ke negeri sempena Ramadan ini, beliau turut mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyampaikan air zam-zam dan buah kurma kepada ahli jawatankuasa masjid berkenaan sebelum berlepas pulang ke ibu negara. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment