My Add

Sunday, 29 July 2012

Malaysia kini peserta penjagaan kesihatan global yang besar

KUALA LUMPUR, SABTU, 28 Julai, 2012: Datuk Seri Najib Razak berkata Malaysia kini adalah penggiat global yang besar dalam industri penjagaan kesihatan berikutan dua penyenaraian awam IHH Healthcare Bhd di bursa saham Malaysia dan Singapura. 

"Malaysia kini penggiat global yang besar dalam penjagaan kesihatan dengan dua penyenaraian awam IHH Healthcare Bhd di bursa Malaysia dan Singapura," kata Perdana Menteri dalam tweet terkininya hari ini. 

IHH adalah cabang penjagaan kesihatan Khazanah Nasional Bhd, disenaraikan di Bursa Saham Malaysia dan Singapura pada Rabu lalu. 

Asetnya termasuk Hospital Group Acibadem AS di Turki, Parkway Holdings di Singapura, Apollo Hospitals Enterprise Ltd di India serta Pantai Hospital dan International Medical University (IMU) di Malaysia. 

Ia menguasai 83 hospital di negara-negara berkenaan, menjadikannya pengendali hospital kedua terbesar dunia selepas Hospital Corporation of America (HCA) yang mengendalikan 163 hospital. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment