My Add

Sunday 1 July 2012

UMNO tumpu program Shap di semua pusat daerah mengundi

KUALA LUMPUR, AHAD, 01 Julai, 2012: UMNO akan memberi tumpuan kepada program 'Setiap Hari Ada Program' atau Shap yang akan dijalankan di semua pusat daerah mengundi di seluruh negara bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Ketua Penerangannya, Datuk Ahmad Maslan berkata, bagi menjayakan program itu, setiap pusat daerah mengundi akan mempunyai jawatankuasanya sendiri. Beliau berkata, sebelum ini, UMNO menjayakan Program Juara Rakyat yang dilaksanakan di peringkat bahagian manakala Shap merupakan program yang akan memberi tumpuan di peringkat yang lebih kecil dan menyeluruh.

"Shap akan dimulakan hari ini sehingga pilihan raya umum ke-13," katanya kepada Bernama selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Kepong di sini hari ini.

Beliau berkata, keputusan mengenai program itu dibuat Majlis Tertinggi UMNO dan sehubungan itu peruntukan Program Juara Rakyat akan diagih untuk Shap.

"Shap menetapkan sekurang-kurang 200 program sehari di seluruh negara berdasarkan terdapat 222 kawasan Parlimen," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment