*KETUA Pegawai Eksekutif LADA, Tan Sri Khalid Ramli menyampaikan hadiah kepada juara kategori pantai, Mohd Alang sambil diperhatikan Ahmad di LIFT 2012 di persisiran pantai Awana Porto Malai Hotel, Langkawi.
*KHALID dan Ahmad bersama pehLIDegori pantai di LIFT 2012 di persisiran pantai di Langkawi, semalam.
*AHMAD (kiri) dan Azmil Munif (dua dari kiri) melepaskan peserta kategori laut dalam.Tak mahu lepas peluang sertai Pertandingan Memancing Antarabangsa Langkawi
LANGKAWI. AHAD, 01 Julai, 2012:: Seorang ibu tunggal dari Kuala Lumpur sanggup menaiki bas seorang diri untuk menyertai kira-kira 200 peserta Pertandingan Memancing Antarabangsa Langkawi (LIFT 2012) yang berlangsung di pulau pelancongan di sini.
Ani Mohammad, 44, ibu kepada seorang anak itu tiba di Jeti Kuah kira-kira jam 9 pagi semalam, selepas mengharungi perjalanan kira-kira 450 kilometer dari Ibu negara untuk menyertai pertandingan yang lazimnya dimonopoli pemancing lelaki.
Ani Mohammad, 44, ibu kepada seorang anak itu tiba di Jeti Kuah kira-kira jam 9 pagi semalam, selepas mengharungi perjalanan kira-kira 450 kilometer dari Ibu negara untuk menyertai pertandingan yang lazimnya dimonopoli pemancing lelaki.
Katanya, minat mendalam menyertai aktiviti memancing sejak kecil membuatkannya tidak kekok untuk menceburi hobi yang kebiasaan dikaitkan dengan pemancing lelaki itu.
“Bagi saya pertandingan memancing ini terbuka kepada sesiapa saja dan tidak timbul soal diskriminasi jantina dalam aktiviti ini. Yang penting, dengan minat dan kesungguhan, insya-Allah kita boleh capai kejayaan dalam apa juga kegiatan yang kita sertai,” kata pekerja swasta itu.
Hadiah juara RM20,000
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelepasan peserta LIFT 2012 Kategori Dalam di Jeti Awana Porto Malai, di sini, semalam, yang disempurnakan Pengarah Eksekutif Berita dan Editorial Media Prima Berhad, Datuk Ahmad A Talib.
Hadir sama Ketua Penolong Pengurus Bahagian Pelancongan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Azmil Munif Mohd Bukhari; Pengurus Projek Khas Berita Harian, Mohd Mizal Hasbullah; Pengurus Besar Baktisan Pertama Sdn Bhd (Adabi), Jaafar Abd Ghani dan Pengurus Pemasaran TCE Sports, Low Ban Sun.
LIFT yang julung kali dianjurkan Berita Harian dengan kerjasama LADA, disertai kira-kira 200 peserta tempatan dan antarabangsa termasuk dari Singapura, Indonesia dan Thailand.
Konsep pertandingan mensyaratkan peserta memancing ikan terberat di tiga lokasi ditetapkan seperti Pulau Pelita, Tanjung Cincin dan Tanjung Buluh yang terletak 15 batu nautika dari Pantai Cenang. LIFT yang dijangka tamat jam 2 petang ini, akan membolehkan juaranya membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000, tempat kedua RM8,000 dan ketiga RM4,000.
LIFT amat dinantikan
Ani turut berpendapat penganjuran LIFT amat dinantikan pemancing yang inginkan aktiviti memancing sambil melancong.
“Pulau Langkawi adalah lokasi paling sesuai untuk aktiviti seumpama itu. Sambil memancing, peserta boleh melancong bersama keluarga di tempat menarik di Pulau Lagenda ini,” katanya.
Sementara itu, dalam Kategori Pantai yang diadakan di Jeti Star Cruise, di sini, pagi semalam, peserta dari Pendang, Kedah, Mohd Alang Jibran Abdullah, 27, muncul juara selepas menaikkan siakap seberat 1.65 kilogram (kg).
Kejayaan itu membolehkan juruteknik terbabit membawa pulang wang tunai RM2,000 dan hadiah iringan penaja.
Naib johan disandang Aliff Ibrahim, 23, dari Kelantan yang berjaya menaikkan kuku batu seberat 1.34kg untuk meraih wang tunai RM800 dan hadiah iringan.
Mohd Latif Man, 24, dari Kedah pula menduduki tempat ketiga dengan tangkapan kuku batu seberat 1.31kg dan membawa pulang wang tunai RM500 dan hadiah iringan penaja. - BH
No comments:
Post a Comment