My Add

Tuesday 10 July 2012

UPP Kedah rampas rokok bernilai RM8,738

ALOR SETAR, SELASA, 10 Julai, 2012: Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kedah merampas 563 karton rokok bernilai RM8,738 membabitkan cukai RM41,633.02 dalam operasi di Kampung Begia, Mukim Telot, Jeniang, semalam. 

Serbuan pada jam 11 pagi di sebuah stor yang menyimpan rokok itu adalah hasil maklumat orang awam. Komander UPP Kedah, Abdul Latif Rahman, berkata rokok itu dipercayai diseludup dari sebuah kawasan bebas cukai. 

"Rokok yang dirampas itu terdiri daripada 11 jenama. Tiada tangkapan dibuat," katanya kepada pemberita di pejabat UPP Kuala Kedah dekat sini, semalam. 

Beliau berkata, pihaknya percaya stor itu dijadikan tempat menyimpan rokok seludup dari luar sebelum diedar kepada peniaga di sekitar kawasan itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment