BERA, jumaat, 31 Ogos, 2012: Ahli UMNO hari ini diingatkan bahawa jawatan dalam parti itu bukan landasan untuk mengaut kekayaan dan kemewahan.
Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, semua ahli parti sama ada anggota biasa mahupun berjawatan, perlu jujur dan ikhlas dalam memperjuangkan nasib bangsa, agama dan negara.
"Masih banyak lagi peranan yang perlu dimainkan Umno dalam membela nasib bangsa Melayu dan rakyat. - BERNAMA
My Add
Friday, 31 August 2012
Kes sumbang mahram: Suspek bukan ahli PKR
![]() |
Fauzi Abdul Rahman. |
KUANTAN, JUMAAT, 31 Ogos, 2012: Pengerusi PKR Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman menegaskan, tiada pemimpin daripada parti itu terbabit dalam kes sumbang mahram yang dilaporkan berlaku di negeri awal minggu ini.
Menurutnya, jika suspek yang dikatakan itu adalah ahli PKR, beliau menafikan kerana pemimpin tersebut sudah keluar dari parti sejak Pilihan Raya Umum ke-12.
"PKR Pahang menafikan sekeras-kerasnya cuba mengaitkan pemimpin yang terlibat dengan perbuatan itu (sumbang mahram) dengan parti ini.
"Pemimpin itu bukan ahli PKR lagi dan sudah keluar parti selepas PRU12 lalu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan media mengenai seorang pemimpin kanan sebuah parti bersama anak lelakinya ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes sumbang mahram di Jerantut.
Pemimpin itu dikatakan pernah bertanding pada PRU12 namun tewas pada pencabarnya dalam pilihan raya tersebut.
Dalam perkembangan lain, beliau juga terkilan dengan tindakan kerajaan memberikan bantuan sehingga RM2 juta kepada sebuah madrasah di Kelantan yang hanya mempunyai 25 pelajar.
Menurutnya, sebelum itu media melaporkan pada 7 Ogos lalu pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa’amah pernah menyatakan adalah haram menyokong DAP yang secara terang-terangan penubuhan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud di negara ini.
“Tindakan kerajaan memberikan petunjuk yang tidak betul dan seperti mengiktiraf beliau sedangkan kenyataannya yang menyamakan DAP seperti kafir harbi tidak boleh diterima serta seperti menggalakkan perselisihan dalam agama.
“Kafir harbi ini bermakna ia perlu ditentang dan tindakan kerajaan membantu madrasah ini dikesali,” katanya.
Beliau berkata sedemikian dalam sidang media di Pejabat PKR Negeri di sini, semalam.
Hadir sama, Naib Pengerusi 2, Siew Fook Chan dan Timbalan Setiausaha PKR Negeri,Kamarzaman Mohd Yunus. - Sinar Harian
MB Kedah letih, diminta berehat

SHAH ALAM, JUMAAT, 31 Ogos, 2012: Menteri Besar Kedah telah dinasihatkan oleh doktor “agar berehat” dan akan memanggil mesyuarat Exco Kerajaan Negeri dalam waktu terdekat, yang akan diadakan di hospital, kata Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali hari ini.
Mustafa berkata, Datuk Seri Azizan Abdul Razak hanya mengalami keletihan, keadaan yang tidak perlu dibimbangi oleh rakyat Kedah dan ahli-ahli Pas sendiri.
“Saya diberitahu MB akan memanggil mesyuarat Exco dalam waktu yang terdekat dan atas nasihat doktor, ia adakan di hospital.
“Sehubungan dengan itu, rakyat Kedah dan ahli-ahli Pas tidak perlu bimbang dengan hal ini,” kata Mustafa dalam satu kenyataan dipetik Sinar Harian petang ini.
53 bayi merdeka lahir di Lembah Klang

*TJHIA Mun San (kiri), 25, Abdul Hafiz Ali Anuar, 28, dan Juliana Onang, 34, memangku bayi yang dilahirkan pada Hari Kemerdekaan Ke-55 di Hospital Bersalin Pulau Pinang
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 31 Ogos, 2012: Seramai 53 bayi merdeka - 24 perempuan dan 29 lelaki - dilahirkan di lapan hospital kerajaan dan swasta di sekitar Lembah Klang bermula selepas detik 12 tengah malam tadi hingga tengah hari ini.
Bayi merdeka pertama ialah bayi lelaki yang dilahirkan sebaik selepas detik 12 tengah malam tadi.
Bayi lelaki seberat 3.2 kilogram itu dilahirkan di Hospital Kajang dan bayi itu adalah antara enam kelahiran yang direkod di hospital berkenaan, termasuk sepasang bayi kembar perempuan, kata jurucakap hospital itu.
Hospital Sungai Buloh pula mencatat kelahiran paling tinggi iaitu 13 bayi dengan kelahiran pertama, seorang bayi lelaki pada 12.14 pagi, kata jurucakap hospital itu.
![]() |
*NORENAWATI Yaacob, 36, bersama bayi lelakinya seberat 3.05 kilogram yang dilahirkan pada 9.46 pagi tadi di Hospital KPJ Tawakal di sini hari ini - Foto Bernama
Di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pula, seramai lapan bayi dilahirkan sehingga 9.02 pagi ini dengan bayi pertama seberat 2.73 kg dilahirkan pada 12.20 pagi.
Hospital Serdang dan Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) masing-masing mencatat tujuh kelahiran dengan bayi pertama masing-masing dilahirkan pada 1.02 pagi dan 12.55 pagi.
Hospital Kuala Lumpur mencatat kelahiran lima bayi dengan seorang daripadanya rakyat Indonesia seberat 4.25 kg yang dilahir pada 4.11 pagi, manakala Hospital Tawakal merekodkan kelahiran dua bayi lelaki.
Di Hospital Pantai Kuala Lumpur pula, lima kelahiran direkod termasuk seorang bayi lelaki rakyat Perancis, kata jurucakap hospital itu.
Daripada 53 bayi yang dilahirkan itu, 18 kelahiran adalah melalui pembedahan iaitu masing-masing satu di PPUM dan HKL, Hospital Tawakal Kuala Lumpur (dua), Hospital Sungai Buloh dan Hospital Pantai Kuala Lumpur (tiga) dan masing-masing empat di Hospital Serdang dan SJMC.
![]() |
Add caption |
DI KUALA TERENGGANU, 28 bayi dilahirkan di beberapa hospital di negeri itu sehingga 12 tengah hari iaitu 12 bayi dilahirkan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dengan kelahiran pertama ialah pada 12.14 pagi.
DI GEORGETOWN, seramai tiga bayi dilahirkan di Hospital Pulau Pinang termasuk dua bayi rakyat Indonesia.
DI SEREMBAN, seramai 17 bayi merdeka dilahirkan di hospital kerajaan di negeri ini bermula tengah malam sehingga 12 tengah hari, kata Pengarah Jabatan Kesihatan negeri Datuk Dr Zailan Adnan. - BERNAMA
PM janji kekalkan kestabilan, kemakmuran, kedaulatan negara

*NAJIB Tun Razak berucap selepas berakhir sambutan Hari Kemerdekaan di Dataran Merdeka. - Foto Sinar Harian oleh Safwan Manso
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 31 Ogos, 2012:: Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata, kerajaan akan terus berusaha mengekalkan kestabilan, keamanan dan kemakmuran negara untuk generasi muda selaras dengan slogan "Janji Ditepati."
"Bila janji dibuat, kita tepati. Kita janji kestabilan, kita janji kemakmuran," kata Perdana Menteri semasa mengucapkan terima kasih kepada peserta selepas sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 yang bertemakan "55 tahun Merdeka Janji Ditepati" di Dataran Merdeka di sini, hari ini.
Beliau berkata: "Setelah 55 tahun merdeka, kita dapat mewujudkan negara yang stabil dan makmur serta menambah kesejahteraan kepada rakyat. Itulah Janji Ditepati."
Najib yang diiringi timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk sambutan Hari Kemerdekaan bersama isteri masing-masing beramah mesra dengan para peserta sebaik tamat majlis itu sebelum menaiki pentas khas untuk menyampaikan ucapan.
Najib yang sebelum itu turut menunjukkan ekspresi "1M4U" kepada peserta serta melaungkan "1Malaysia" disambut dengan penuh bersemangat oleh peserta, turut berkata, ini semua dilakukan untuk generasi baru, iaitu generasi Y negara, bagi memastikan apabila mereka mengambil alih kepimpinan, negara berada dalam keadaan lebih stabil dan makmur.
"Saya berada di sini untuk anda, kami berada di sini untuk anda dan kami melakukan ini untuk anda," katanya.
Perdana Menteri juga turut berterima kasih dan memuji persembahan peserta yang disifatkan sebagai persembahan yang begitu bertenaga, berinspirasi dan menimbulkan rasa cinta dan kasih kepada negara.
Najib, yang mewakili kerajaan turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada perserta atas persembahan terbabit dan kepada Rais atas kejayaan sambutan hari ini.
Najib, Muhyiddin dan Rais serta isteri masing-masing turut bersama para peserta menyanyikan lagu "1M4U". - BERNAMA
Rakyat terima baik tema `Janji Ditepati' - Rais
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 31 Ogos, 2012: Majoriti rakyat ternyata senang dengan komitmen yang diberikan oleh kerajaan selaras dengan tema sambutan Hari Kemerdekaan ke-55, "Janji Ditepati" hari ini.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, kesemua ini dapat dilihat menerusi kemeriahan suasana sambutan sama ada dari sudut persembahan mahupun kehadiran orang ramai.
"Hari ini kita telah mengumpulkan satu kumpulan rakyat yang padat dan padu dari segi gerak geri suara dan persembahan serta semua aspek kemerdekaan nampak ceria dan kejayaan bagi menepati janji sebagai tema telah tercapai. - BERNAMA

Tiada insiden buruk ketika Himpunan Janji Bersih
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 31 gos, 2012:: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein melahirkan rasa puas hati kerana tiada insiden tidak diingini berlaku ketika 'Himpunan Janji Bersih' yang dianjur tanpa permit oleh badan bukan kerajaan, semalam.
Beliau turut mengucapkan tahniah kepada polis, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan semua pihak yang bertugas menjaga keselamatan ketika himpunan itu berlangsung di Dataran Merdeka, malam tadi.
"Kita tengok bahawa sambutan mereka yang cuba untuk memporak-perandakan sesuatu kali ini, tidak menjadi. Tetapi kita mesti sentiasa berwaspada," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 di Dataran Merdeka di sini, hari ini.
Menyentuh mengenai sambutan hari ini, Hishammuddin berkata setiap lapisan masyarakat meraikan hari kemerdekaan dengan penuh semangat dan mendapat sambutan luar biasa seluruh rakyat. - BERNAMA

Sambutan merdeka di Sibu ceria dengan kehadiran Pandelela
SIBU, JUMAAT, 31 Ogos, 2012: JUMAAT, 31 Ogos, 2012:Kehadiran pemenang pingat gangsa pada temasya Sukan Olimpik London, Pandelela Rinong Pamg pada sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55 peringkat negeri di sini tahun ini membawa keceriaan di kalangan 10,000 peserta di dataran bandar ini.
Yang Dipertua negeri Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng dan isteri Toh Puan Norkiah, Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri Puan Sri Ragad Kurdi Taib adalah antara yang hadir. - BERNAMA

JAIP cekup 19 pasangan berkhlawat malam merdeka
KUANTAN, JUMAAT, 31 Ogos, 2012: Menyorok bawah katil, mendaftar diri dengan nama palsu dan mengaku sebagai pasangan yang sudah berkahwin, itu antara taktik yang digunakan sebahagian 19 pasangan beragama Islam yang dicekup Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dalam operasi cegah maksiat pada malam sambutan Hari Kemerdekaan awal pagi tadi.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa JAIP Mohd Raffli Abd Malik berkata pasangan berkenaan yang dicekup di hotel-hotel bajet sekitar bandar ini kerana berkhalwat kini ditahan JAIP untuk siasatan lanjut dan dibenar diikat jamin sebelum dibebaskan.
"Seramai 38 orang, iaitu 19 lelaki dan 19 wanita berumur dalam lingkungan 19 hingga 40 tahun berjaya kita tahan dalam operasi cegah maksiat JAIP yang bermula dari 10 malam hingga 6 pagi tadi," katanya selepas operasi berakhir kira-kira 6.30 pagi tadi. - BERNAM

Penduduk Jabi teruja tunggu kedatangan Najib Khamis depan
KUALA TERENGGANU, JUMAAT, 1 Ogos, 2012:: Penduduk Jabi di Setiu teruja untuk menyambut kedatangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor ke kawasan mereka Khamis ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Ramlan Ali berkata, pelbagai aktiviti dirancang untuk menyambut kunjungan pertama kali Najib itu, antaranya perarakan konvoi 500 buah motosikal, 55 buah kereta Kancil, 55 buah lori dan 55 buah pacuan empat roda.
"Konvoi akan bermula dari pekan Jabi hingga ke padang bola Kampung Tok Lebai, sejauh kira-kira lapan kilometer, sebagai gimik sempena sambutan Kemerdekaan negara kali ke-55.
"Pemimpin nombor satu negara itu juga akan dihiburkan dengan persembahan dikir barat dan gendang tradisonal," katanya kepada Bernama hari ini.
Perdana Menteri dan isteri dijangka tiba jam 10.30 pagi di Lapangan Terbang Tentera Gong Kedak, Besut sebelum menghadiri majlis rumah terbuka bersama kira-kira 10,000 rakyat di padang bola kampung itu.
Ramlan berkata seramai 555 anggota dari 37 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) DUN Jabi akan bergotong-royong di lokasi majlis tersebut pagi esok untuk kerja-kerja pembersihan serta mendirikan khemah.
"Sebanyak 14 menu dirancang sebagai jamuan tengah hari itu antaranya nasi dagang, nasi minyak, laksa, gulai kawah, ketupat, tapai, ayam golek, sate, lemang dan kuih-muih," katanya. - BERNAMA

Mangsa tembak bekas tahanan Ordinan Darurat
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 31 Ogos, 2012: Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menegaskan lelaki yang ditembak mati di hadapan sebuah sekolah menengah di Selayang Baru, Rabu lalu, bukan pemilik syarikat kawalan keselamatan yang berdaftar dengan KDN.
Sebaliknya semakan KDN mengesahkan K. Amchuthan, 41, adalah bekas tahanan Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969, kata Ketua Setiausahanya Datuk Abdul Rahim Mohamad Radzi dalam satu kenyataan, di sini.
Beliau berkata lelaki itu dibebaskan pada 23 Februari lalu.
"Kes itu sedang dalam siasatan polis dan kementerian berharap semua pihak dapat memberikan ruang kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan selanjutnya," katanya.
Beberapa akhbar sebelum ini melaporkan Amchuthan yang ditembak mati ketika menunggu anak lelakinya yang berusia 16 tahun di hadapan sekolah terbabit, sebagai pemilik sebuah syarikat kawalan keselamatan.
Dalam kejadian itu, isterinya yang ada di dalam kereta bersama mangsa turut cedera pada bahagian pinggang akibat tembakan yang dilepaskan dari jarak dekat.
- BERNAMA

Lelaki maut kereta langgar pokok di Kuantan
KUANTAN, JUMAAT, 31 Ogos, 2012: Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya terbabas lalu merempuh dua batang pokok di Jalan Lim Hoe Lek di sini, awal pagi tadi.
Pegawai Penguatkuasa Tadbir/Trafik Negeri Pahang, Asisten Superintendan Zainalabidin Othman berkata, Muhd Nur Azizul Abd Jalil, 28, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.
Katanya, dalam kejadian jam 4.15 pagi itu, mangsa memandu dari arah pusat membeli-belah Capital Mall menuju Jalan Lim Hoe Lek.
"Selepas melalui lampu isyarat di Jalan Lim Hoe Lek, kereta mangsa dipercayai tiba-tiba hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan lalu merempuh dua batang pokok di situ," katanya di sini hari ini.
Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - BERNAMA

13,000 generasi Y semarak Hari Kemerdekaan ke-55
Lebih 20,000 banjiri Dataran Merdeka, persembahan bertenaga, tarik minat pelancong
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 31 Ogos, 2012:: Perbarisan sempena ulang tahun ke-55 kemerdekaan negara peringkat nasional di Dataran Merdeka pagi ini meriah disertai 13,000 peserta pelbagai lapisan berbilang kaum khususnya generasi muda, melambangkan perpaduan yang kukuh dan sejahtera.
Bertemakan '1Malaysia Janji Ditepati', perhimpunan perbarisan bermula sebaik keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah serta Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah tepat jam 8 pagi dengan disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Yang di-Pertuan Agong kemudian menerima tabik hormat sebelum lagu Negaraku dimainkan oleh Pancaragam Pusat Regimen Askar Melayu Diraja.
Acara dimulakan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah memeriksa perbarisan kontinjen kawalan kehormat utama yang terdiri daripada 103 anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja.
Pada masa sama, tujuh helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membuat lintas hormat dengan membawa Jalur Gemilang, bendera Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tentera Darat, TUDM, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
Sambutan Hari Kemerdekaan yang bertemakan '55 Tahun Merdeka Janji Ditepati' itu disusuli dengan persembahan Kumpulan Drumline dan perarakan kontinjen yang mengambil bahagian.
Antara yang mengambil bahagian, Pasukan Ketenteraman Awam dan Sukarelawan, Kontinjen Pewira Veteran, Kontinjen Infrastruktur Komunikasi dan Kontinjen TransformasiPertanian sekali gus menyaksikan pembabitan 29 kontinjen meliputi 14,464 peserta dan tujuh pancaragam pada tahun ini.
Turut berangkat, Raja PermaisuriAgong Tuanku Hajah Haminah. Hadir sama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman; Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim; Menteri Kabinet, Menteri Besar dan Ketua Menteri serta bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Acara diteruskan dengan persembahan segmen pertama mengenai Rukun Negara yang disampaikan melalui bicara berirama dengan penuh berwarna warni oleh pelajar.
Diikuti dengan perarakan masuk perbarisan yang dimulakan dengan pancaragam Angkatan Tentera Malaysia dan dikuti dengan kontinjen membawa Jalur Gemilang dan kontinjen membawa bendera kesemua 13 negeri dan Wilayah Persekutuan.
Buat julung kali perbarisan kontinjen agensi kerajaan diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa dengan diiringi oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.
Kontinjen agensi kerajaan turut dianggotai oleh pemimpin tertinggi setiap kementerian itu iaitu ketua setiausaha kementerian masing-masing selaras dengan tema perayaan Hari Kemerdekaan tahun ini "55 Tahun Merdeka Janji Ditepati". -
Persembahan bertenaga generasi muda negara pada sambutan itu menarik minat wakil kedutaan dan pelancong asing yang menyaksikannya.
Pelancong Australia, Michael Steward, 20, berkata beliau terpesona dengan koordinasi persembahan peserta yang sangat menarik walaupun membabitkan ribuan orang.
"Walaupun disertai ramai anak muda yang tidak ada pengalaman, persembahan itu mengagumkan kerana mereka lakukannya kerana cintakan negara," katanya.
Sementara itu isteri kepada Duta Poland, Magdalena Skowyra-Jelonek pula tidak putus-putus melahirkan rasa kagum terhadap persembahan dan perarakan Hari Kemerdekaan tahun ini yang rata-rata dikuasai oleh generasi muda.
"Saya sangat menghargai kerja keras itu, orang ramai gembira serta terpesona dengan persembahan dan ini jelas menunjukkan rakyat Malaysia berbilang bangsa boleh bekerjasama antara satu sama lain," katanya.
Sementara itu warga Indonesia, Oso Rochjana, 55, yang juga seorang guru dari Bandung, berkata tahun ini persembahan sambutan perarakan Hari Kemerdekaan sangat bertenaga berbanding sebelum ini yang dilihat dari siaran televisyen.
Beliau turut mendoakan semoga Malaysia terus maju.
Peniaga Ahmad Sabree, 42, yang sanggup turun bersama isteri dan dua anaknya dari Ipoh untuk melihat perarakan itu turut bersetuju bahawa perarakan dan persembahan tahun ini lebih tertumpu kepada generasi muda.
"Saya lihat sejak dari awal pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, beliau memang aktif bersama orang muda dan ini juga sangat jelas semasa persembahan hari ini. Baguslah, sudah sampai masanya generasi muda kita diberi satu tanggapan bahawa peranan mereka sebenarnya sangat perlu untuk negara," katanya. - BERNAMA

Pada masa sama, tujuh helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melakukan lintas hormat dengan membawa Jalur Gemilang, bendera Angkatan Tentera Malaysia, Tentera Darat, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), sambil melepaskan asap berwarna merah, biru dan kuning yang melambangkan warna bendera Malaysia.
Tuanku Abdul Halim kemudian berkenan memeriksa Kawalan Kehormat Utama terdiri empat pegawai dan 103 anggota Satu Rejimen Askar Melayu Diraja dan diikuti dengan laungan "Daulat Tuanku" sebanyak tiga kali sebelum diikuti dengan upacara menaikkan Jalur Gemilang diiringi lagu 'Negaraku' dan tembakan meriam 14 das.
Sambutan kemuncak diteruskan dengan bacaan ikrar Rukun Negara oleh 55 peserta yang mewakili pelajar dan guru, pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta, agensi kerajaan dan badan berkanun serta orang kurang upaya dengan berpakaian pelbagai kaum sebagai simbolik dengan diketuai oleh pelajar Sekolah Menengah Taman Melawati Gombak Azrai Abdul Aziz.
Ia disusuli dengan laungan 'Merdeka' sebanyak tujuh kali diikuti laungan 'Janji Ditepati' sebanyak tiga kali.
Tuanku Abdul Halim kemudian berkenan memeriksa Kawalan Kehormat Utama terdiri empat pegawai dan 103 anggota Satu Rejimen Askar Melayu Diraja dan diikuti dengan laungan "Daulat Tuanku" sebanyak tiga kali sebelum diikuti dengan upacara menaikkan Jalur Gemilang diiringi lagu 'Negaraku' dan tembakan meriam 14 das.
Sambutan kemuncak diteruskan dengan bacaan ikrar Rukun Negara oleh 55 peserta yang mewakili pelajar dan guru, pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta, agensi kerajaan dan badan berkanun serta orang kurang upaya dengan berpakaian pelbagai kaum sebagai simbolik dengan diketuai oleh pelajar Sekolah Menengah Taman Melawati Gombak Azrai Abdul Aziz.
Ia disusuli dengan laungan 'Merdeka' sebanyak tujuh kali diikuti laungan 'Janji Ditepati' sebanyak tiga kali.
Acara diteruskan dengan persembahan segmen pertama mengenai Rukun Negara yang disampaikan melalui bicara berirama dengan penuh berwarna warni oleh pelajar.
Diikuti dengan perarakan masuk perbarisan yang dimulakan dengan pancaragam Angkatan Tentera Malaysia dan dikuti dengan kontinjen membawa Jalur Gemilang dan kontinjen membawa bendera kesemua 13 negeri dan Wilayah Persekutuan.
Buat julung kali perbarisan kontinjen agensi kerajaan diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa dengan diiringi oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.
Kontinjen agensi kerajaan turut dianggotai oleh pemimpin tertinggi setiap kementerian itu iaitu ketua setiausaha kementerian masing-masing selaras dengan tema perayaan Hari Kemerdekaan tahun ini "55 Tahun Merdeka Janji Ditepati". -
Persembahan bertenaga generasi muda negara pada sambutan itu menarik minat wakil kedutaan dan pelancong asing yang menyaksikannya.
Pelancong Australia, Michael Steward, 20, berkata beliau terpesona dengan koordinasi persembahan peserta yang sangat menarik walaupun membabitkan ribuan orang.
"Walaupun disertai ramai anak muda yang tidak ada pengalaman, persembahan itu mengagumkan kerana mereka lakukannya kerana cintakan negara," katanya.
Sementara itu isteri kepada Duta Poland, Magdalena Skowyra-Jelonek pula tidak putus-putus melahirkan rasa kagum terhadap persembahan dan perarakan Hari Kemerdekaan tahun ini yang rata-rata dikuasai oleh generasi muda.
"Saya sangat menghargai kerja keras itu, orang ramai gembira serta terpesona dengan persembahan dan ini jelas menunjukkan rakyat Malaysia berbilang bangsa boleh bekerjasama antara satu sama lain," katanya.
Sementara itu warga Indonesia, Oso Rochjana, 55, yang juga seorang guru dari Bandung, berkata tahun ini persembahan sambutan perarakan Hari Kemerdekaan sangat bertenaga berbanding sebelum ini yang dilihat dari siaran televisyen.
Beliau turut mendoakan semoga Malaysia terus maju.
Peniaga Ahmad Sabree, 42, yang sanggup turun bersama isteri dan dua anaknya dari Ipoh untuk melihat perarakan itu turut bersetuju bahawa perarakan dan persembahan tahun ini lebih tertumpu kepada generasi muda.
"Saya lihat sejak dari awal pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, beliau memang aktif bersama orang muda dan ini juga sangat jelas semasa persembahan hari ini. Baguslah, sudah sampai masanya generasi muda kita diberi satu tanggapan bahawa peranan mereka sebenarnya sangat perlu untuk negara," katanya. - BERNAMA
Pas hormati orang pernah berjasa, kata Nik Aziz

HABSAH ISMAIL
KOTA BHARU, JUMAAT, 31 Ogos , 2012: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu semua pihak bersabar menunggu keputusan yang akan dibuat bagi menentukan nasib Ahli Parlimen Bachok, Nasharuddin Mat Isa.
Sinar Harian memetik Menteri Besar Kelantan itu sebagai berkata, beliau sudah berulang kali menyatakan kes bekas Timbalan Presiden itu perlu diputuskan pada Majlis Syura yang akan diadakan pada 9 September ini.
“Saya akan hadir pada mesyuarat itu jika tidak uzur. Tidak usah peduli sangat siapa orang itu. Yang penting, Pas mengutamakan mereka yang pernah berjasa kepada agama.
“Jika orang itu didapati pernah berjasa kepada agama, kita hormat dan beri sokongan kepadanya,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke atas mangsa ragut yang hampir putus tangan, Rohaini Abdullah, di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), di sini, semalam.
Turut hadir, Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.
Sebelum ini, beberapa pemimpin Pas termasuk Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din turut mempertahankan Nasha apabila menegaskan agar kes itu dipertimbangkan semula, malah menyatakan hubungan pakatan adalah wajar dan bukan satu kesalahan.
Terdahulu, beliau merasmikan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Veteran-veteran Pas anjuran Pemuda Pas Kota Bharu di Pejabat Tabung Amanah Tok Kenali, jalan Raja Dewa, di sini.
Menurut UTUSAN pula Nik Aziz menegaskan, masa depan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa dalam Pas bakal ditentukan dalam mesyuarat agung akan datang parti itu.
Beliau yang sebelum ini bersikap dingin terhadap Nasharudin berkata, banyak kenyataan mengenai isu itu telah dikeluarkan, justeru semua pihak perlu menunggu sehingga mesyuarat agung parti untuk mengetahui keputusannya.
"Pasal Nasharudin saya sudah cakap banyak kali. Tunggu mesyuarat agung nanti, saya akan hadir kalau tidak uzur. Sebabnya saya sekarang dalam keadaan uzur baru tiga hari keluar hospital," katanya ketika ditemui Utusan di sini hari ini.
Beliau berkata, persoalan berhubung siapa yang disokong oleh seseorang pemimpin bukan perkara penting sebaliknya mereka akan dinilai berdasarkan perjuangan dalam menegakkan Islam.
Operasi bil air tertunggak di Lembah Klang mulai Isnin
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 31 Ogos, 2012: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) akan menjalankan operasi bil tertunggak di beberapa kawasan sekitar Lembah Klang mulai Isnin.
Syabas dalam satu kenyataan di sini, berkata tindakan pemotongan bekalan air akan dilakukan kepada pengguna yang gagal menjelaskan bil tertunggak dan mereka akan dikenakan caj pemotongan RM25 serta caj penyambungan semula RM25.
Operasi dijalankan di Kuala Lumpur, Hulu Langat, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Petaling, Sepang dan Sabak Bernam, kata kenyataan itu. - BERNAMA

Polis berjaya kawal keselamatan di Dataran Merdeka
Oleh AZRAI MOHAMMAD
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 31 Ogos, 2012: Pihak polis berjaya mengawal baik kehadiran kira-kira 6,000 rakyat Malaysia di perkarangan Dataran Merdeka sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55 tengah malam ini, walaupun terdapat segelintir penyokong Perhimpunan Janji Bersih hadir dipercayai bertujuan memburukkan kerajaan.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku kecuali pihaknya menahan dua individu yang didapati membakar mercun di kawasan terbabit.
"Kira-kira 6,000 orang hadir ke sini bagi menyaksikan pertunjukkan bunga api. Keadaan semuanya terkawal dan mereka mula beredar selepas tengah malam," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Menurut Zainuddin, seramai 205 pegawai dan anggotanya yang terlibat dalam mengawal keadaan di dataran itu.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, polis akan menyiasat lanjut tindakan Sasterawan Negara, A. Samad Said yang membaca puisi ketika sambutan itu sekiranya ia melanggar undang-undang.
Puisi berkenaan, menggesa supaya orang ramai memakai pakaian berwarna kuning sebagai simbolik tuntutan dalam perhimpunan itu. - UTUSAN

Brian Chen buka ruang untuk anak jadi chef profesional
Oleh NURULANUAR MANSORKUALA LUMPUR, jumaat, 31 Ogos, 2012: Impian untuk menjadikan anak-anak anda seorang yang "celik kulinari" tanpa perlu berbelanja besar kini semakin menjadi kenyataan dengan kewujudan laman web www.abangbrian.com.
Laman interaktif kelas masakan kanak-kanak kendalian finalis Master Chef Malaysia, Brian Chen ini bertujuan untuk membentuk kemahiran kulinari anak-anak melalui video-video interaktif, permainan dalam talian dan artikel-artikel menarik.
Menurut Brian yang lebih mesra dipanggil Abang Brian, bahan-bahan yang juga bertujuan untuk menanamkan nilai-nilai positif melalui masakan dan seni kulinari seperti keselamatan di dapur serta adab meja makan ini juga boleh dimuat turun oleh sesiapa sahaja secara percuma.
“Ilham untuk mengadakan laman web ini timbul berdasarkan pengalaman bermain masak-masak sewaktu kanak-kanak yang mana banyak mengajar saya dan rakan-rakan nilai-nilai positif kehidupan.
“Saya, seperti juga ibu bapa yang lain mahu berkongsi pengalaman ini dengan generasi muda dan laman web ini merupakan cara terbaik untuk melakukannya," katanya kepada Utusan Online di sini semalam.
Laman usaha sama Brian dan Young Chefs Academy Malaysia (YCAM), yang akan dilancarkan secara rasminya hari ini, turut menyediakan kelas-kelas masakan fizikal secara mingguan.
Brian berkata, laman web ini juga dapat merangsang kreativiti anak-anak selain membantu ibu bapa mengadakan aktiviti bermanafaat bagi mengisi masa lapang anak-anak.
Para ibu bapa boleh menghantar emel ke info@abangbrian.com atau pergi ke pautan www.abangbrian.com untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai www.abangbrian.com. - UTUSAN ONLINE

Perenang Malaysia gagal mara ke peringkat akhir
LONDON, JUMAAT, 31 Ogos, 2012: Dua perenang negara gagal melayakkan diri ke peringkat akhir acara renang Sukan Paralimpik London 2012, yang membuka tirai di Pusat Akuatik London di sini, pada semalam.
Dalam saringan pertama acara 50m gaya bebas lelaki S5 (Polio), Jamery Siga sekadar mencatat masa 39.08 saat untuk menamatkan saingan di tempat kelima, ketinggalan 5.28 saat di belakang pendahulu, Sebastian Rodriguez dari Sepanyol yang merekodkan 33.80s.
Rodriguez adalah pemegang rekod paralimpik bagi acara berkenaan dengan masa 32.62s, yang dilakukannya di Athens, Greece pada 2004.
Sementara itu, Zul Amirul Sidi Abdullah yang turut bersaing dalam saringan pertama acara berkenaan, menamatkan cabaran di tempat kelapan dengan masa 43.30s.
"Kita tidak letak sebarang sasaran dalam acara hari ini. Kita mahu atlet gunakan peluang ini untuk mengenal pasti kelemahan masing-masing untuk menghadapi acara berikutnya," kata jurulatih negara, Gan Kok Lee di sini semalam.
Bagi Zul Amirul, 40, sandaran diletakkan kepadanya untuk acara 50m kuak lentang.
Pada Sukan Paralimpik Beijing, China empat tahun lepas, Zul Amirul berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir acara tersebut, namun gagal meraih sebarang pingat. - BERNAMA

Pas manipulasi tulisan Tun Mahathir
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 30 Ogos, 2012: Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyelar tindakan Pas yang sengaja membuat tafsiran salah mengenai peribahasa Inggeris better the devil you know than the angel you don't yang digunakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Sambil menyifatkan tindakan itu sebagai politik dangkal pembangkang, beliau berkata, pemimpin Pas sebenarnya memahami maksud sebenar peribahasa tersebut tetapi sengaja diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dalam pengertian yang salah demi untuk mengelirukan fikiran masyarakat.
"Saya amat kesal dan terkilan dengan sikap pembangkang yang sengaja membuat tafsiran salah. Barangkali Pas sudah ketandusan isu sehingga pepatah Inggeris yang digunakan Dr. Mahathir dimanipulasi sebagai agenda propaganda untuk memburukkan kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional.
"Tulisan Dr. Mahathir bukan bermaksud menyamakan syaitan dengan malaikat sebagaimana dimanipulasi pembangkang. Maksud peribahasa itu lebih baik kita berurusan dengan orang dikenali daripada bersekongkol dengan pihak tidak dikenali," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Minggu lalu, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mendakwa kononnya kenyataan berkias bekas Perdana Menteri itu bertentangan dengan akidah Islam yang mewajibkan setiap muslim percaya dan beriman kepada malaikat.
Pada masa sama, pemimpin Pas menyifatkan syaitan yang dimaksudkan Dr. Mahathir itu adalah UMNO sambil mendakwa haram bagi orang ramai memberi sokongan kepada syaitan pada pilihan raya umum akan datang.
Menurut Tengku Adnan, penggunaan peribahasa itu oleh Dr. Mahathir dalam tulisannya bukan bermaksud memberi pengertian secara khusus tetapi ia merupakan satu sindiran terhadap perilaku masyarakat agar mereka dapat membezakan antara kepimpinan BN dengan pakatan pembangkang.
"Tambahan pula, rekod BN sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab terbukti apabila rakyat merasai kesejahteraan dan keamanan di bawah pentadbiran BN sejak merdeka berbanding sikap pembangkang yang terserlah lebih cenderung ke arah negatif daripada melakukan kebaikan," katanya. - UTUSAN

Pembangkang tidak mampu tandingi Barisan Nasional
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 30 Ogos, 2012: Pembangkang diyakini tidak mampu menandingi kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) yang berupaya mengotakan janji kepada rakyat setelah 55 tahun mentadbir negara.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, apa yang dilakukan pembangkang adalah menabur janji tetapi tidak melaksanakannya biarpun telah diberi mandat selama empat tahun memerintah di empat negeri.
Jelas beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, pembangkang perlu sedar pemerintahan mereka di negeri-negeri itu diperoleh setelah landasan dan asas kukuh dibina BN walaupun perkara tersebut tidak pernah diakui mereka.
"Apa yang pembangkang lakukan ialah tabur janji, memburuk-burukkan dan tidak langsung menyatakan kebaikan yang dilakukan kerajaan.
"Mana mungkin DAP dapat memerintah Pulau Pinang kalau landasan ke arah itu tidak begitu kukuh," kata Shafie kepada pemberita selepas menghadiri majlis Penghayatan Hari Kemerdekaan ke-55 di sini hari ini. - UTUSAAN

JMM desak CEO SSM letak jawatan
PETALING JAYA, KHAMIS, 30 Ogos, 2012: Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mendesak Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Mohd. Naim Daruwish meletak jawatan kerana gagal membuat siasatan terhadap pendedahan pertubuhan itu mengenai aktiviti Suara Rakyat Malaysia (Suaram).
Presidennya, Azwanddin Hamzah berkata, ini kerana JMM pada Julai lalu telah mendedahkan Suaram adalah sebuah syarikat di atas nama Suara Inisiatif Sdn. Bhd. hasil maklumat yang diperoleh dari SSM sendiri.
Namun, ujarnya, syarikat itu jelas 'berlagak' seperti sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dengan menggunakan platform tersebut untuk menghentam kerajaan khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
''Hasil pendedahan JMM pada 1 Julai lalu mengenai status sebenar Suaram dan desakan meminta SSM menyiasat Suara Inisiatif Sdn. Bhd., akhirnya penasihat Suaram, Dr. Kua Kia Soong mengaku Suaram menerima dana asing dari Amerika Syarikat, Finland dan Kanada.
''Tetapi, sejak kita dedahkan sehingga kini, SSM masih tidak menjalankan sebarang tindakan. Oleh itu, JMM desak Ketua Pegawai Eksekutif SSM letak jawatan kerana gagal membuat pemantauan dan siasatan,'' katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.
Beliau mengulas pengakuan Kia Soong bahawa Suaram menerima dana asing selain beberapa kerajaan negeri.
Bagaimanapun Kia Soong enggan mendedahkan siapa pemberi dan jumlah dana yang diterima Suaram selama ini.
Azwanddin berkata, selain letak jawatan, JMM turut mencadangkan agar kerajaan mewujudkan satu agensi baru kerana SSM dilihat tidak lagi efektif.
Dalam pada itu, beliau menggesa pihak berkuasa khususnya Jabatan Peguam Negara dan SMM di gesa menggunakan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLA) bagi menyiasat aktiviti Suaram.
Menurutnya, pengakuan Kia Soong jelas membuktikan wujudnya campur tangan asing yang mempunyai agenda tertentu untuk mencatur politik dalaman negara menerusi pergerakan pertubuhan itu.
''JMM menentang keras perbuatan individu atau kumpulan bersubahat dengan pengaruh asing yang melakukan gerakan terancang bagi menggugat kestabilan politik serta perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.
''Dana asing yang diterima Suaram juga memperlihatkan kesungguhan mereka melibatkan pengaruh asing untuk turut sama bersubahat dalam agenda memfitnah melalui isu-isu yang dibawa pertubuhan tersebut yang selama ini berselindung di sebalik sebuah syarikat,'' katanya.
Tegasnya, siasatan di bawah AMLA perlu bagi mendedahkan sumber dana Suaram kerana setiap kemasukan dana asing seharusnya mendapat pengesahan daripada Bank Negara. - UTUSAN

Khutbah politik: Kuasa di tangan kerajaan negeri
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 30 Ogos, 2012: Kuasa untuk mengambil tindakan ke atas imam dan khatib masjid yang membaca khutbah Aidilfitri berunsur politik serta menggalakkan perpecahan umat Islam di negeri Kelantan baru-baru ini hanya terletak di tangan kerajaan negeri itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, ini kerana dalam Jadual Sembilan Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa hal berkaitan agama di bawah kuasa negeri.
Justeru, katanya, walaupun aduan dibuat kepada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), namun kuasa untuk mengambil tindakan ke atas sebarang kesalahan berkaitan agama terletak di bawah kuasa majlis agama negeri atau kerajaan negeri.
''Memang kita ada menerima aduan namun bagi kes-kes sedemikian, ia terletak di bawah kuasa negeri masing-masing untuk diambil tindakan," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar pada Majlis Konvokesyen Institut Profesional Baitulmal Ke-9 di sini hari ini.
Hadir sama, Pengerusi IPB, Datuk Dr. Ismail Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Dr. Muhammad Yamin Ismail dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali.
Beliau mengulas tindakan Kerajaan Pas Kelantan membenarkan imam dan khatib di masjid serta surau di negeri itu membaca khutbah Aidilfitri berunsur politik dan mengajak orang ramai ke arah perpecahan pada 1 Syawal lalu.
Susulan kejadian itu, tambah Jamil Khir, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) harus mengambil tindakan ke atas mana-mana imam dan khatib yang membaca khutbah tersebut atau sekurang-kurangnya memberi penjelasan atas kejadian itu kepada masyarakat umum.
''Majlis agama negeri dan kerajaan negeri Kelantan bertanggungjawab atas kejadian itu dan mereka harus mengambil tindakan sewajarnya," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata, pihak Lembaga Tabung Haji sehingga hari ini masih belum menerima kuota jemaah haji daripada kerajaan Arab Saudi.
''Perkara ini membimbangkan kerana kuota haji itu sepatutnya diterima pada awal Ramadan lalu, malah kumpulan pertama yang dijangka berlepas ke tanah suci sudah tidak lama lagi iaitu pada 17 September ini.
''Ia bukan sahaja membimbangkan pihak kerajaan, malah 28,000 jemaah haji yang nama mereka telah disenarai untuk mengerjakan haji pada tahun ini," katanya.
Tambah beliau, pihak Tabung Haji kini sedang menggerakkan jentera untuk mendapatkan maklumat berkenaan kuota itu dengan segera. - UTUSAN

Rakyat diseru bantu masyarakat Rohingya
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 30 Ogos, 2012: Orang ramai diseru membantu meringankan penderitaan etnik Rohingya dan Rakhine yang kini menjadi mangsa konflik kemanusiaan di Myanmar.
Setiausaha Agung Malaysian Relief Agency (MRA), Dr. Mohd. Daud Sulaiman berkata, mereka boleh melakukan usaha itu dengan memberi sumbangan kepada Tabung Kemanusiaan Rohingya anjuran MRA dengan kerjasama Kumpulan Utusan yang kini telah terkumpul sebanyak RM130,436.
"Kita berharap lebih ramai pihak korporat dan individu menyalurkan sumbangan kepada tabung itu.
"Dua pegawai MRA juga akan berlepas ke Yangon, Myanmar, Isnin ini untuk membuka pejabat satelit MRA dan menghantar bantuan. Pasukan sukarelawan pula akan menyusul kemudian," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Tabung tersebut dilancarkan pada 14 Ogos lalu bertujuan menyalurkan sumbangan asas seperti beras, air bersih dan khemah kepada masyarakat Rohingya di Myanmar. - UTUSAN

Penyanyi Sheila Majid mahu disaman RM6 juta
SHAH ALAM, KHAMIS, 30 Ogos, 2012: Badan Pengutip Royalti Hak Pelaku dan Persembahan Artis Sdn. Bhd. (Prism), akan memfailkan saman terhadap Datuk Sheila Majid atas dakwaan penyanyi itu gagal membuat permohonan maaf dan enggan menarik balik kenyataan berunsur fitnah terhadap badan itu baru-baru ini.
Hasrat Prism itu dinyatakan dalam laporan polis yang dibuat oleh Ahli Lembaga Pengarahnya, Datuk M. Daud Wahid di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini pada kira-kira pukul 5 petang ini.
Menurut M. Daud, saman yang dianggarkan RM6 juta itu akan difailkan menerusi firma guaman yang dilantik oleh Prism, Tetuan Bustamam & Co.
Beliau mendakwa, tindakan tersebut dibuat kerana Ratu Jazz itu telah membuat kenyataan, beliau tidak menerima penyata bayaran royalti miliknya daripada Prism sebanyak RM5,000 pada tahun lalu yang nyata berunsur fitnah. - UTUSAN

Abdul Khalid cuba perbodohkan rakyat
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 30 Ogos, 2012: Kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung manifesto pembangkang dalam menjanjikan bekalan air percuma sebagai 'bukan satu perjanjian' merupakan cubaan untuk memperbodohkan rakyat di negeri itu.
Profesor Politik dan Kerajaan, Jabatan Pengajian, Kenegaraan dan Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Jayum Jawan berkata, ini kerana manifesto itu sendiri boleh didefinisi sebagai perjanjian atau tawaran parti-parti politik jika mereka mendapat kuasa hasil sokongan rakyat.
''Jika bukan perjanjian, mengapa bekalan air percuma diletak dalam manifesto? Manifesto adalah sesuatu yang hendak dikotakan. Ia satu perjanjian kepada rakyat untuk menarik sokongan.
''Kalau sudah mendapat sokongan dan menang, kita perlu menunaikan janji,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini....

Tarif air tidak naik mendadak
Oleh KASTHURI JEEVENDRAN
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 30 Ogos, 2012: Tarif air di Selangor tidak akan naik secara mendadak seperti dakwaan pembangkang tanpa perbincangan antara kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan terlebih dahulu.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, dakwaan tarif air bakal naik sehingga 70 peratus apabila projek pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 siap adalah pembohongan besar.
Katanya, kerajaan negeri cuba menyebarkan fakta palsu untuk mengelirukan rakyat di Selangor agar projek pembinaan tersebut terhenti.
"Bagaimana boleh naikkan kadar tarif air sehingga 70 peratus tanpa sebarang perbincangan antara kedua-dua belah pihak dan juga syarikat konsesi air?
"Kerajaan negeri cuba sebarkan maklumat yang salah supaya boleh menghalang perancangan kerajaan Pusat membina loji sehingga pelbagai jenis alasan dan taktik digunakan oleh mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Aidilfitri anjuran kementeriannya," tegasnya. - UTUSAN

Tiada penduduk sakit kulit - Seng Giaw
RAUB, KHAMIS, 30 Ogos, 2012: Seorang pemimpin kanan DAP yang menjalankan kajian mengenai kesan perlombongan emas di Bukit Koman, Raub ke atas kesihatan penduduk sekitar mengakui belum ada yang mengalami penyakit kulit akibat penggunaan bahan kimia sianida di lombong berkenaan seperti dibangkitkan sesetengah pihak.
Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw berkata, hasil kajian terhadap 40 penduduk di Kampung Baru, Bukit Koman dua minggu lalu mendapati, tidak ada bukti kukuh mereka dijangkiti penyakit kulit akibat pencemaran bahan kimia tersebut.
Beliau yang juga pakar kulit menambah, walaupun terdapat segelintir penduduk kampung itu mengalami penyakit kulit sejak 15 tahun lalu namun ia bukan berpunca daripada sianida.
Katanya, ia memandangkan bahan kimia itu hanya mula digunakan pada 2009 apabila lombong Raub Australian Gold Mining (RAGM) beroperasi semula selepas ditutup sejak 1980-an. - UTUSAN

Kesihatan penduduk dipantau
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 30 Ogos, 2012: Kementerian Kesihatan sentiasa memantau secara dekat keadaan kesihatan penduduk di Bukit Koman, Raub dan dakwaan bahawa masalah kesihatan yang timbul, berkait dengan operasi sebuah kilang memproses emas berdekatan.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pemantauan kesihatan di kawasan itu sudah dimulakan sejak 2009 dan pasukan pegawai kesihatan akan terus dihantar secara kerap untuk membuat pemeriksaan.
"Penduduk tak perlu bimbang kerana Kementerian Kesihatan sentiasa bersama mereka untuk mencari punca masalah yang dihadapi.
"Kita akan buat kajian terperinci untuk mencari punca penyakit yang diuar-uarkan itu," katanya kepada di sini hari ini.
Beliau menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa Kementerian Kesihatan mengambil remeh keadaan kesihatan penduduk di Kampung Bukit Koman yang kononnya terjejas akibat keracunan sainida di kilang emas berkenaan.
Tiong Lai berkata, satu pasukan kajian, baseline health study ditubuhkan kementeriannya pada 12 Julai lepas untuk menyelidik secara terperinci masalah kesihatan yang dialami penduduk di situ.
"Pasukan yang dipengerusikan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Lokman Hakim Sulaiman itu juga mendapatkan penglibatan sebuah kumpulan anti-sainida iaitu Pahang Raub Anti-Cyanide Gold Mining Committee (BCAC) untuk menjalankan siasatan bersama.
"Kumpulan itu juga bersetuju untuk melantik pakar bagi menjalankan siasatan bersama. Mereka juga menjalankan kajian yang menunjukkan 78 peratus penduduk (383 orang) di Bukit Koman jatuh sakit akibat sainida yang digunakan di kilang emas itu," katanya.
Beliau berkata, kementeriannya dan BCAC mengadakan pertemuan susulan pada 13 Ogos lepas, tetapi sehingga hari ini, pihaknya masih belum mendapat sebarang maklum balas berkaitan laporan mengenai penduduk yang dilaporkan sakit mahupun mengenai pelantikan pakar daripada kumpulan itu.
"Saya harap jika mereka betul-betul ambil berat isu ini, jangan tangguh lagi dalam menghantar wakil.
"Kita mahu siasatan ini dijalankan bersama dan serta merta kerana kita mahu hasil kajian adalah bebas, telus dan bertanggungjawab," katanya.
Tiong Lai berkata, walaupun pemantauan kesihatan di kawasan itu juga menunjukkan jumlah pesakit yang diterima adalah sama dengan kawasan lain, pemeriksaan pada bulan lepas mendapati daripada 200 pesakit dirawat, 60 orang menghadapi masalah penyakit kulit.
"Sebab itu, kita nak buat kajian, apa punca penyakit kulit dan penyakit lain yang dialami penduduk di kawasan itu.
"Sama ada ia betul-betul berpunca dari kilang itu atau sumber lain seperti pembakaran terbuka ataupun air. Itu kita belum dapat pastikan lagi," katanya.
BCAC juga sebelum ini mendakwa penggunaan sainida, iaitu sejenis bahan kimia yang digunakan untuk melebur emas dalam kilang pemprosesan emas Raub Australian Gold Mining Sdn. Bhd. telah menyebabkan keracunan sainida ke atas kesihatan penduduk setempat termasuk masalah kulit dan pernafasan.
Selain itu, kumpulan Himpunan Hijau yang sebelum ini lantang membantah operasi kilang pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng juga dilaporkan akan mengadakan perhimpunan Ahad ini di Bukit Koman untuk membantah operasi kilang emas itu.
Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack juga dilaporkan menggesa Tiong Lai supaya segera menyelesaikan masalah kesihatan itu ataupun meletak jawatan.
Justeru, Tiong Lai juga mempersoal motif sebenar pihak berkenaan yang dilihatnya tidak pernah wujud sebelum ini, tetapi tiba-tiba muncul untuk memperjuang hak penduduk di situ.
Beliau menyifatkan mereka sengaja mahu mengambil kesempatan mempolitik dan memutar-belitkan isu Bukit Koman semata-mata untuk meraih sokongan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 dan menidakkan usaha Kementerian Kesihatan untuk rakyat.
Sementara itu, di PUTRAJAYA, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr. Lokman Hakim Sulaiman berkata, BCAC diberi masa sebulan untuk menyenaraikan nama pakar bagi menjalankan siasatan tersebut.
Beliau berkata, diharapkan ketika pertemuan pada 20 September ini, mereka bersedia dengan senarai nama pakar bagi membolehkan kajian dijalankan secepat mungkin.
"Kita tidak memberi tekanan, tetapi lagi cepat lagi bagus supaya kajian dapat dijalankan segera dan berharap juga mereka tidak mempolitikkan isu itu kerana kementerian amat telus. Sebab itu, kita jemput mereka menyertai pasukan ini dan langkah terbaik adalah menjalankan siasatan bersama," katanya.
Kementerian, katanya, akan membiayai keseluruhan kos untuk menjalankan kajian dan siasatan kecuali kos membeli peralatan baharu serta gaji kepada ahli pasukan.
Sebelum ini, media melaporkan penduduk Kampung Bukit Koman, Raub, Pahang memfailkan saman di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur bagi membantah penggunaan racun sianida dalam pelombongan emas oleh syarikat Raub Australian Gold Mining Sdn. Bhd. - BENAMA

Suhakam terkejut perogol gadis bawah umur dihukum ringan
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 30 Ogos, 2012: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menyuarakan kebimbangan terhadap bentuk hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah ke atas dua lelaki yang didapati bersalah merogol gadis bawah umur baru-baru ini.
Pengerusinya, Tan Sri Hasmy Agam berkata, Suhakam terkejut apabila kerelaan mangsa yang masih kanak-kanak, dijadikan satu daripada faktor untuk meringankan hukuman dalam kedua-dua kes berkenaan.
Jelas beliau, undang- undang keseksaan mengiktiraf kanak-kanak perempuan di bawah umur 16 tahun mungkin kurang tahap kematangan yang diperlukan untuk memberi keizinan bagi hubungan seksual.
''Kelemahan kanak-kanak juga diiktiraf oleh Konvensyen Hak Kanak-Kanak yang menyatakan kanak-kanak atas sebab ketidakmatangan fizikal dan mental memerlukan perlindungan dan penjagaan khas termasuk perlindungan undang-undang yang sesuai," katanya. - UTUSAN

Mat rempit tumpuan utama KDN banteras jenayah
PUTRAJAYA, KHAMIS, 30 Ogos, 2012: Golongan mat rempit akan menjadi tumpuan utama Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam pendekatan membanteras kegiatan jenayah di peringkat akar umbi yang membabitkan golongan tersebut.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, KDN akan bekerjasama dengan pihak berkepentingan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk merangka pendekatan sesuai bagi mencapai tujuan tersebut.
Katanya, langkah itu juga adalah kesinambungan usaha KDN sebelum ini yang melibatkan pelbagai pihak termasuk pemilik pusat beli-belah serta NGO berkaitan wanita dan kanak-kanak jalanan.
"Hanya kerana mat rempit yang dipandang negatif, tidak bermakna kita perlu mengabaikan mereka dan tanpa usaha sedemikian, pandangan tersebut akan terus melekat.
"Saya akui jika mereka bersama-sama dengan kita sudah pasti KDN akan menghadapi banyak cabaran dan kritikan tetapi dengan bimbingan yang betul, usaha itu akan menjadi kenyataan," katanya. - UTUSAN

Terap semangat kemerdekaan dalam jiwa - Muhyiddin
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 30 Ogos, 2012: Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru rakyat tanpa mengira kaum, agama dan usia supaya menghayati maksud kemerdekaan dan menerapkan semangat kemerdekaan dalam jiwa masing-masing.
Timbalan Perdana Menteri berkata, merdeka sewajarnya disambut dalam erti kata menikmati hak sepenuhnya sebagai anak watan sebuah negara yang bebas dan berdaulat serta mempunyai peluang yang luas untuk membangunkan potensi diri, keluarga dan masyarakat dalam sebuah negara yang aman, stabil dan harmoni.
"Saya yakin Malaysia yang merdeka kini berada di landasan yang betul hasil kerjasama dan sikap toleransi serta penerimaan antara rakyat pelbagai kaum dan agama di negara ini.
"Komitmen, kesungguhan dan kerja keras semua pihak telah meletakkan Malaysia gah di mata dunia terutamanya dari segi mengekalkan keamanan dan keharmonian masyarakat majmuk yang diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa," katanya dalam perutusan sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 di sini hari ini.
Paling penting, tambah beliau, kesemua yang dinikmati rakyat kini adalah hasil jasa, bakti dan keringat pejuang kemerdekaan, pemimpin negara dan semua rakyat yang berusaha gigih untuk membangunkan Malaysia dan melaksanakan agenda pengisian kemerdekaan selama 55 tahun.
Jelas Muhyiddin, adalah menjadi tanggungjawab setiap rakyat untuk menghargai dan menghayati erti sebenar kemerdekaan supaya negara boleh bergerak lebih padu dalam mengisi tahun-tahun kemerdekaan seterusnya.
"Marilah kita mengorak langkah bersama-sama mempertahankan kemerdekaan tanah air supaya kedaulatan Malaysia dihormati dan negara kita dipandang tinggi di mata dunia," katanya.
Beliau memberitahu, dengan kegigihan setiap rakyat mengisi erti kemerdekaan sebenar, lebih banyak kemajuan yang akan dicapai oleh negara ini dan impian menjadikan Malaysia sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020 akan menjadi kenyataan. - UTUSAN

PKR belakangkan Sultan Selangor?

Oleh ABDUL YAZID ALIAS
SHAH ALAM 30 Ogos - Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 peringkat negeri Selangor tercemar apabila Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor membelakangkan peranan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Tidak seperti tradisi sebagaimana dilakukan termasuk tahun lalu, pada tahun ini Sultan Selangor langsung tidak dimaklumkan serta dijemput menghadiri majlis sambutan itu yang berlangsung di Dataran Kemerdekaan di sini malam ini.
Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani yang mengesahkan perkara itu berkata, sehingga petang ini, baginda tidak dimaklumkan secara rasmi oleh kerajaan negeri mengenai sambutan berkenaan yang dihadiri Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta barisan Exconya. - UTUSAN
...
Mayat dipenggal, dibakar ditemui

*POLIS mengangkat mayat seorang lelaki yang menjadi mangsa bunuh, kerat dan bakar di Parit Paya Kemian, Jalan Sungai Kechil, Nibong Tebal, semalam.
Oleh AZELI ALI
NIBONG TEBAL, KHAMIS, 30 Ogos, 2012: Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan mengerikan apabila kepalanya dipenggal manakala kedua-dua kakinya dipotong dari aras lutut dan tangannya dikerat dari aras siku sebelum dibakar.
Mayat mangsa dikumpulkan dalam plastik hitam sebelum ditemui dibakar di sebuah ladang kelapa sawit di Parit Paya Kemian, Jalan Sungai Kechil di sini hari ini.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Nasir Salleh berkata, mayat itu ditemui oleh orang awam yang melalui kawasan berkenaan kira-kira pukul 9.45 pagi selepas ternampak unggun api di tepi lorong menghala ke sebuah kilang papan. - UTUSAN
Wanita rempuh mati 9 individu dipenjara 15 tahun.

Oleh SAHARUDIN MUSTHAFA
JAKARTA, KHAMIS, 30 Ogos, 2012: Seorang wanita, Afriyani Susanti, 29, yang memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan sembilan orang awam terbunuh awal tahun ini, dijatuhi hukuman penjara 15 tahun.
Keputusan Hakim Mahkamah Negeri Jakarta menjatuhkan hukuman itu semalam, bagaimanapun mendapat tentangan daripada keluarga mangsa yang berpendapat tempoh itu terlalu ringan.
Semasa keputusan dibacakan Ketua Hakim, Antonius Widyatono, Afriyani disifatkan memandu dalam keadaan lalai sehingga menyebabkan sembilan orang terbunuh sementara tiga orang lagi mengalami kecederaan.
Ketika kejadian, Afriyani memandu di bawah pengaruh ubat terlarang dan dalam keadaan mabuk. - UTUSAN
Dividen interim bukti FGV kukuh
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 30 Ogos, 2012: Dividen interim yang diisytiharkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak bagi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) baru-baru ini, akan dibayar kepada kesemua pemegang saham FGV yang layak dan bukan hanya kepada golongan peneroka yang memiliki saham FGV.
Dalam satu kenyataan hari ini, FGV menjelaskan bahawa pembayaran dividen interim itu juga tertakluk kepada sistem 'single tier' yang diperkenalkan Lembaga Hasil Dalam Negeri di mana ia dikecualikan daripada sebarang cukai apabila diterima oleh pemegang saham FGV yang layak.
Perdana Menteri pada Selasa mengisytiharkan pembayaran dividen interim sebanyak 5.5 sen sesaham yang akan dibayar dalam tempoh tiga bulan selepas tarikh pengumuman dividen tersebut iaitu selewat-lewatnya pada 27 November.
Sejajar dengan prosedur yang ditetapkan oleh Bursa Malaysia, FGV berkata, kelayakan terhadap dividen interim itu akan ditentukan berdasarkan kepada senarai pemegang saham yang masih memiliki saham FGV pada penutup hari pasaran pada tarikh kelayakan.
Menurut FGV, tarikh kelayakan berkenaan akan hanya dapat diketahui selepas pengumuman susulan oleh syarikat terbabit yang akan dibuat menerusi Bursa Malaysia dalam jangka masa terdekat.
"Baucar dividen akan dihantar kepada alamat berdaftar pemegang saham FGV yang layak dalam tempoh tidak lebih daripada 30 hari selepas tarikh kelayakan tersebut atau selewat-lewatnya pada 27 November," tambah FGV.
Bagaimanapun, FGV menjelaskan, bagi pemegang saham yang mengambil pinjaman untuk membeli sahamnya, penerimaan dividen ini adalah tertakluk kepada terma pinjaman bagi pembiayaan pembelian saham tersebut di mana penerimaan dividen ini akan lazimnya ditolak terlebih dahulu dengan baki pinjaman yang masih tertunggak. - BERNAMA

Majoriti sokong meterai protokol eksport sarang walet
PUTRAJAYA, KHAMIS, 30 Ogos, 2012: Selepas mengadakan perbincangan hampir lima jam, majoriti daripada 21 persatuan pengusaha sarang burung walet akhirnya bersetuju menyokong kerajaan menandatangani protokol eksport ke China pada 20 September ini.
Perjumpaan di Wisma Tani di sini hari ini bagaimanapun terpaksa ditangguh selama 45 minit apabila pengusaha gagal mencapai kata sepakat mengenai beberapa isu termasuk berkenaan sijil pengenalan frekuensi radio (RFID).
Walaupun majoriti daripada kira-kira 100 wakil pengusaha sarang burung walet menyokong protokol tersebut, segelintir daripada mereka membantah kerana dokumen itu hanya membenarkan eksport sarang burung mentah bersih tetapi tidak merangkumi sarang burung mentah belum bersih.
Menjelaskan perkara tersebut, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar (gambar) berkata, protokol eksport dengan China perlu ditandatangani terlebih dahulu sebelum kedua-dua negara berbincang mengenai eksport sarang burung mentah belum bersih. - UTUSAN

IMF, Bank Dunia selesai krisis ekonomi Eropah
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 30 Ogos, 2012: Badan antarabangsa Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia serta negara-negara dunia disaran untuk memberi fokus dalam menyelesaikan krisis ekonomi Eropah.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, krisis ekonomi Eropah yang berlanjutan selama tiga tahun sejak tahun 2009 lalu telah mengakibatkan penurunan pertumbuhan ekonomi dan perdagangan dunia.
“Sebahagian besar negara dunia, terutama negara-negara maju terdedah kepada pertumbuhan yang rendah seterusnya mencatatkan pertumbuhan negatif hingga dua peratus bagi suku tahun pertama dan suku tahun kedua.
“Dalam melaksanakan pertumbuhan bagi sesuatu negara, pemimpin-pemimpin negara hendaklah turut memikirkan kepada kedudukan pertumbuhan ekonomi dunia," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada sesi “Masa depan global dan perspektif pertumbuhan bagi kawasan Asia Pasifik" di Mesyuarat Menteri-menteri Kewangan Asia Pasifik di Moscow, Rusia hari ini. - UTUSAN

Karpal Singh gagal batal pertuduhan hasutan
Permohonan sapina Dr. Mahathir, Peguam Negaea dan KPN juga ditolak
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 30 Ogos, 2012: Pengerusi DAP, Karpal Singh hari ini gagal dalam permohonannya untuk membatalkan pertuduhan menyebut kata-kata berbaur hasutan terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah pada satu sidang akhbar, tiga tahun lalu.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azman Abdullah yang memutuskan demikian turut menolak permohonan Karpal untuk mensapina bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad; Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail; dan bekas Peguam Negara, Tan Sri Abu Talib Othman untuk memberikan keterangan dalam kes hasutan itu.
Menurut Hakim Azman, selain Peguam Kanan Persekutuan, Datuk Kamaluddin Md. Said, ketiga-tiga individu yang dimohon untuk disapina itu adalah saksi tidak relevan, tidak boleh memberikan keterangan relevan dan tidak terbabit dalam fakta keterangan bagi pertuduhan yang dihadapi tertuduh.
Beliau dalam penghakimannya turut berkata, pendakwaan ke atas Karpal tidak melanggar Perkara 8(1) Perlembagaan Persekutuan berhubung perlindungan kesamarataan undang-undang.
Menurut beliau, Perkara 145(3) Perlembagaan dengan jelasnya memberi kuasa budi bicara kepada Peguam Negara untuk memulakan dan memberhentikan prosiding bagi sesuatu kes jenayah.
Sehubungan itu, beliau menyatakan, mahkamah tidak perlu lagi meneliti dan membandingkan keterangan yang ada antara kenyataan akhbar oleh tertuduh (Karpal) dengan pembentangan Dr. Mahathir di Dewan Rakyat ketika debat Akta (Pindaan) Perlembagaan pada 1993 bagi menyingkirkan kuasa imuniti raja-raja Melayu.
Dengan keputusan tersebut, mahkamah kemudian menetapkan tarikh perbicaraan di peringkat pembelaan pada 2, 8 dan 9 November ini.
Karpal, 72, dituduh mengeluarkan perkataan berbaur hasutan terhadap Sultan Perak di firma guamannya di Jalan Pudu Lama di sini antara pukul 12 tengah hari dan 12.30 tengah hari, 6 Februari 2009.
Pada 20 Januari lalu, Mahkamah Rayuan memerintahkan Karpal membela diri terhadap pertuduhan itu selepas membenarkan rayuan pendakwaan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan beliau pada akhir kes pendakwaan tanpa memanggilnya membela diri. - UTUSAN

Rohairani selamat jalani pembedahan
KOTA BHARU, KHAMIS, 30 Ogos, 2012: Pergelangan tangan kiri Rohairani Abdullah, 36, yang hampir putus akibat ditetak peragut berjaya diselamatkan selepas menjalani pembedahan kira-kira dua jam di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini petang semalam.
Pegawai Perhubungan Awam HRPZII, Zaid Ahmad berkata, tangan mangsa tidak putus bagaimanapun kecederaan yang dialaminya parah ekoran beberapa saluran darah pembantu klinik itu putus.
"Mangsa dibedah mulai pukul 7.30 malam tadi dan pembedahan itu selesai kira-kira dua jam kemudian. Jahitan di tangan mangsa dibuat dua lapis iaitu bahagian dalam dan luar," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Rohairani ditetak seorang peragut ketika dia berjalan kaki di hadapan kedai tudung Jalan Sultanah Zainab kira-kira pukul 1.20 petang semalam. - UTUSAN

Kemerdekaan negara utuh atas teras permuafakatan: Najib
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 30 Ogos, 2012: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, kemerdekaan yang dicapai negara sejak 55 tahun lepas akan terus utuh atas teras permuafakatan dan kerjasama daripada semua pihak.
Perpaduan nasional yang bertunjangkan kepelbagaian akan kekal menjadi tiang seri kekuatan nasional, katanya dalam perutusan Hari Kebangsaan yang ke-55 yang disiarkan di RTM di sini sebentar tadi.
Najib berkata, selama 55 tahun, "Kita berjaya melangkau jangkaan serta telahan yang dibuat pelbagai pihak, termasuk di kalangan warganegara sendiri, dan terbukti, ramalan kononnya apa yang dimenangi bapa-bapa pengasas negara secara aman serta bijaksana tidak akan mampu dikekalkan apatah lagi ditambah baik, adalah meleset sama sekali.
"Jelasnya, dari satu titik ke satu titik, kita berjaya membawa kebebasan dan keamanan kepada sebuah negara yang dahulunya terjajah dan terancam," kata Perdana Menteri.
Najib berkata, daripada sudut kemakmuran nasional pula, ekonomi negara berkembang mapan dengan usaha sistematik dijalankan kerajaan bagi memastikan kemakmuran dan kesejahteraan dapat dirasai oleh semua.
Perdana Menteri berkata, Pelaksanaan Program Transformasi Kerajaan Fasa Kedua (GTP 2) bakal melonjakkan lagi kemakmuran negara ke peringkat lebih tinggi, dan akan menyaksikan pembabitan masyarakat yang lebih meluas, sekali gus pembabitan yang lebih bermakna daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sektor korporat.
Bagaimanapun, katanya, segala usaha dan prakarsa yang dilakukan itu akan hanya tinggal sia-sia jika tidak didakap dan dimanfaatkan oleh semua segmen masyarakat.
"Kita kini berada pada satu kala masa yang amat monumental bagi Malaysia. Di sana-sini, rakyat boleh melihat perubahan ketara bukan sahaja di peringkat individu hatta di peringkat keluarga dan komuniti.
"Justeru, marilah kita menjulang citra Malaysia dengan memenuhi segala janji yang dipateri dan potensi yang dimiliki demi seluruh warganya.
"Janganlah kita sampai mempunah binasa apa yang telah bersusah payah dipupuk dan dicipta. Janganlah sesekali pula, diporak-peranda harmoninya watan yang sekian lama terbina," katanya.
Perdana Menteri berkata, kejayaan yang diimpikan Malaysia bukan hanya kejayaan bersifat material tetapi kejayaan yang bersifat holistik, dan untuk itu di bawah Dasar Transformasi Nasional, prakarsa transformasi bukan sahaja melibatkan kerajaan melalui GTP dan ekonomi melalui ETP (Program Transformasi Ekonomi), tetapi juga Transformasi Politik serta Transformasi Kawasan Luar Bandar.
Najib berkata, sesungguhnya, langkah berani pihak kerajaan melaksanakan Program Transformasi Politik bagi mengimbangkan kebebasan individu dan keselamatan negara membugar dan mengakarkan lagi demokrasi di Malaysia, sebagai satu budaya yang menjadi asas kepada kestabilan nasional.
"Malaysia adalah bukti dan manifestasi janji ditepati dan harapan yang dipenuhi," tambahnya.
Beliau berkata, bagi memahami kebenaran daripada kenyataan itu, setiap rakyat di negara ini perlu kembali kepada susur galur sejarah di mana pada hakikatnya negara mencapai kemerdekaan di tengah-tengah "pemberontakan bersenjata Parti Komunis Malaya dalam suasana di mana survival kita sebagai sebuah negara berbilang bukan sahaja daripada segi kaum, bahkan juga agama dan bahasa, pernah disangsikan oleh masyarakat dunia."
"Kita juga berjaya mentransformasikan sebuah negara pertanian berpendapatan rendah yang mana suatu ketika dahulu lebih separuh warganya hidup di bawah paras kemiskinan, dengan bergantung kepada beberapa komoditi, menjadi sebuah negara dengan ekonomi bersifat pelbagai," kata Najib.
Perdana Menteri berkata, malah, dewasa ini, Malaysia berkembang sebagai negara berpendapatan sederhana tinggi dan "berpacu pantas merealisasikan impian menjadi negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020".
"Sepanjang detik yang berlari, kita menggantikan kebimbangan dengan harapan, kita mencipta sebuah negara di mana yang penting adalah kemahuan dan kesanggupan untuk bekerja keras.
"Juga, di mana, anak seorang petani, pekebun kecil, buruh dan nelayan berjaya menjadi usahawan serta profesional. Pucuk pangkalnya, kita mencipta sebuah negara sehingga anak-anak Malaysia boleh mendambakan masa depan yang lebih baik," kata Najib.
Beliau berkata, semuanya ini, merupakan nikmat daripada perancangan penuh teliti dan pelaksanaan amat berkesan oleh pihak kerajaan yang diberi mandat mentadbir semenjak kemerdekaan diperoleh.
"Walau apa pun, kejayaan yang dikecapi bukan sepatutnya menjadi alasan untuk kita berpeluk tubuh, sebaliknya, ia harus menjadi mangkin menuju sinar yang lebih terang benderang pada hari muka," kata Najib yang turut mengucapkan selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-55 kepada semua rakyat Malaysia. - BERNAMA

Bekas ketua balai dihukum penjara berkelucahan melampau
KANGAR, KHAMIS, 30 Ogos, 2012: Bekas ketua Balai Polis Arau, Sub-Inspektor Zaini Ahmad hari ini dikenakan hukuman penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Tinggi selepas didapati bersalah terhadap tiga pertuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap dua pemuda, lima tahun lalu.
Hakim Mohd Zaki Abdul Wahab menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan bagi setiap pertuduhan terhadap Zaini, 54, selepas membenarkan rayuan kali kedua oleh pihak pendakwaan.
Bagaimanapun, Mohd Zaki mengarahkan hukuman itu berjalan serentak.
Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Kangar membenarkan rayuan kali kedua pihak pendakwa terhadap keputusan Mahkamah Majistret Kangar yang membebaskan tertuduh pada 21 Oktober 2011.
Kali pertama pihak pendakwaan membuat rayuan terhadap kes itu ialah selepas Mahkamah Majistret membebaskan tertuduh pada 2 Jun 2010 dan mengekalkan keputusannya selepas rayuan dibuat apabila membebaskan tertuduh pada 21 Oktober 2011.
Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa melakukan kelucahan melampau terhadap seorang lelaki berusia 21 tahun di sebuah pondok di tepi bangunan Balai Polis Arau antara jam 1 pagi dan 4.30 pagi 6 Januari 2007.
Bagi pertuduhan kedua, Zaini didakwa melakukan kesalahan serupa dengan lelaki yang sama antara 4.30 pagi dan 5.30 pagi tarikh sama di dalam bilik maklumat, bangunan Balai Polis Arau.
Bagi pertuduhan ketiga pula, dia didakwa melakukan kelucahan melampau terhadap remaja lelaki berumur 18 tahun antara 11.30 pagi dan 3 petang di pejabat Ketua Polis Balai, Balai Polis Arau, pada tarikh yang sama.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Noor Syazwani Mohamad Sobry manakala tertuduh diwakili peguam K Mahendren.- BERNAMA

Nenek ditahan dera cucu di Sandakan
SANDAKAN, KHAMIS, 30 Ogos, 2012: Polis di sini, semalam, menahan seorang perempuan yang disyaki mendera cucu lelakinya.
Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Rowell Marong, berkata perempuan berusia 56 tahun itu ditahan selepas polis menerima laporan dari pihak hospital di sini, tempat kanak-kanak itu menerima rawatan.
Menurut laporan awal, mangsa didera di rumah yang didiami bersama neneknya di Sri Taman dekat sini, kata Rowell kepada pemberita pada sidang media, di sini, hari ini.
Rowell yang tidak mendedahkan umur mangsa berkata, perempuan itu direman untuk siasatan lanjut.- BERNAMA

Kerajaan masih tunggu keputusan kouta jemaah haji
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 30 Ogos, 2012:: Kerajaan sehingga hari ini masih menunggu jumlah kuota jemaah Malaysia yang dibenarkan oleh kerajaan Arab Saudi untuk mengerjakan ibadah haji pada tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Beliau berkata kuota jemaah haji sepatutnya diketahui pada bulan Ramadan (sama seperti tahun-tahun sebelumnya), namun pada tahun ini ia mengalami kelewatan.
"Sehingga sekarang kita masih lagi menunggu (jumlah kuota jemaah)...disebabkan itu saya nak mengingatkan agar kita sentiasa perlu menjaga hubungan diplomatik dan hubungan antarabangsa terutamanya dengan kerajaan Arab Saudi.
"Sepatutnya pada bulan Ramadan yang lepas kita dah dapat...bahkan semasa saya bersama rombongan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Makkah baru-baru ini kita masih menyampaikan hasrat tentang kuota tersebut sebab kita nak bersedia bagi penerbangan pertama ke Mekah yang dijadual pada 17 September nanti," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Konvokesyen kesembilan Institut Profesional Baitulmal (IPB) di Dewan Perdana Felda, di sini, hari ini. Lebih 300 orang penuntut IPB menerima diploma dalam bidang pengajian masing-masing.
Jamil Khir bagaimanapun enggan mengulas mengenai faktor kelewatan tersebut yang berkemungkinan mempunyai kaitan dengan tindakan segelintir rakyat Malaysia yang mengadakan demonstrasi Bersih 3.0 di Makkah dan Madinah pada 26 April lepas.
Katanya, perkara itu sukar dipastikan dan bagi menyelesaikan masalah tersebut Tabung Haji telah menggerakkan jenteranya secara intensif bagi mendapatkan maklumat mengenai kuota jemaah dengan kadar segera bagi memudahkan jemaah membuat persediaan.
Mengulas mengenai isu teks khutbah Aidilfitri di masjid dan surau di negeri Kelantan yang berunsur hasutan dan boleh memecah belah perpaduan rakyat, Jamil Khir yang juga Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) berkata kerajaan negeri Kelantan seharusnya bertanggungjawab dan mengambil tindakan berhubung isu berkenaan.
"Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) ada menerima aduan mengenai perkara tersebut...kita sentiasa mengingatkan bahawa khutbah, masjid, mimbar dan imam merupakan elemen teras penyatuan tapi sekiranya unsur-unsur khutbah itu membawa kepada perpecahan ia tidak akan menguntungkan masjid, jemaah serta kariah.
"Sebab itu peranan khutbah biarlah ia memberi keharmonian dalam pembinaan masyarakat dan dalam pembinaan ilmu, satu daripada ruang dan medannya ialah melalui khutbah..khutbah mampu membangunkan modal insan, namun sekiranya ia disertai dengan rasa marah dan tidak puas hati, tentunya tidak mendatangkan keuntungan dan memberi kesan kepada masyarakat," katanya.
Mengenai peranan IPB yang ditubuhkan pada 23 April 1992 oleh MAIWP dalam melahirkan modal insan, Jamil Khir berkata ia bertujuan membantu anak-anak kepada asnaf meneruskan pengajian mereka, mampu bergelar graduan serta mempunyai kerjaya yang cemerlang bagi masa depan mereka.
Selain itu, ia IPB diwujudkan bagi melahirkan profesional muslim yang dinamik, serba boleh, mampu menyumbang kepada pembangunan diri, keluarga, bangsa dan negara serta dapat meningkatkan taraf sosioekonomi umat Islam.
Katanya, MAIWP turut menyasarkan untuk menyatukan IPB dengan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) dan 'Pusrawi International College of Medical Science' (PICOM) di bawah satu bumbung dan mencapai taraf universiti sekurang-kurangnya dalam tempoh dua atau tiga tahun dari sekarang.
Sehingga hari ini seramai 1,900 orang penuntut yang menuntut di IPB dan ini sekali gus membuktikan kesungguhan dan pendekatan MAIWP dalam membantu golongan tersebut mendapat pendidikan terbaik. - BERNAMA

Polis wanita di kawasan tumpuan beli-belah elak ragut
KOTA BHARU, KHAMIS, 30 Ogos, 2012: Seramai 157 anggota polis wanita beruniform akan ditugaskan di 15 kawasan pusat tumpuan beli-belah di sini, bagi menasihati orang ramai, terutama wanita agar sentiasa berwaspada dengan kejadian ragut.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, anggota polis wanita berkenaan akan ditugaskan selama lapan jam sehari sebagai langkah terbaru pasukan itu untuk mengekang jenayah ragut di jalanan.
"Kita akan tempatkan anggota polis wanita itu secara berkumpulan, terutama di pusat tumpuan wanita membeli-belah dan anggota tersebut akan menasihati tingkah laku pembeli yang dilihat cuai supaya lebih berhati-hati," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa ragut, Rohairani Abdullah @ Ibrahim, 36, di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini, hari ini. - BERNAMA

Thursday, 30 August 2012
Polis siasat punca 3 kereta hangus terbakar
GEORGETOWN, KHAMIS, 30 Ogos, 2012: Tiga kereta yang diletakkan di parkir Flat Jalan Semarak Api, Farlim di Jalan Air Itam di sini hangus dalam kebakaran awal hari ini.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng ketika dihubungi berkata, kejadian pada pukul 2.30 pagi itu memusnahkan kereta jenis Perodua Alza, Toyota Altis dan Proton Iswara.
"Kami sedang siasat sama ada kejadian ini berpunca daripada perbuatan khianat atau sebaliknya,” katanya.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – BERNAMA

Edar dadah: Rakyat Nigeria terima padah
PUTRAJAYA, KHAMIS, 30 Ogos, 2012: Seorang lelaki warganegara Nigeria diperintah menjalani hukuman gantung selepas Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan akhirnya terhadap sabitan dan hukuman mati kerana mengedar 630.4 gram heroin di sebuah hotel, 12 tahun lalu.
Jowy Manjoro yang dikenal pasti terlibat dalam sindiket pengedaran dadah antarabangsa, diberkas oleh sepasukan polis tempatan hasil kerjasama yang dijalankan dengan Agensi Penguatkuasaan Dadah (DEA) Amerika Syarikat.
Operasi merentas sempadan di antara kedua-dua pasukan itu dijalankan selepas DEA menerima maklumat daripada seorang penyamar sulit yang juga rakyat Afrika bahawa perayu bersetuju menjual sejumlah dadah kepadanya.
Kedua-dua pasukan kemudian merancang strategi dengan memasang kamera tersembunyi dan peralatan audio dalam bilik hotel itu yang membolehkan sebarang perbualan dan peristiwa yang berlaku dirakam, didengar dan disaksikan dari bilik bersebelahan.
Panel lima hakim diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif sebulat suara menolak rayuan Jowy dan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mensabitkannya serta Mahkamah Rayuan yang mengekalkannya.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Bache manakala rakyat Nigeria itu diwakili oleh peguam Hanif Hassan. - UTUSAN

Hindari Himpunan Janji Bersih malam ini: Polis
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 30 Ogos, 2012: Orang ramai dinasihat agar tidak menyertai 'Himpunan Janji Bersih' yang dijadual berlangsung malam ini di Dataran Merdeka serta beberapa lokasi di sekitar ibu negara.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata perhimpunan itu tidak mendapat permit daripada polis dan kebenaran dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
"Dataran Merdeka merupakan lokasi bagi sambutan kemerdekaan, jadi kehadiran mereka boleh menjejaskan segala persiapan yang dibuat untuk rakyat berhimpun bagi menyambut Hari Kemerdekaan keesokan harinya.
"Walaupun beranggapan tidak akan ada kekecohan dalam perhimpunan itu, tetapi sekiranya ia berlaku, polis akan mengambil tindakan berdasarkan undang-undang sedia ada di negara ini termasuk peruntukan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2011," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad sebelum ini dilaporkan berkata tiada kelulusan diberikan kepada penganjur 'Himpunan Janji Bersih' untuk mengadakan perhimpunan itu malam ini kerana mereka gagal memberi notis 10 hari sebelum perhimpunan kepada polis seperti yang ditetapkan di bawah Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2011.
Mohmad berkata polis akan turut memantau perarakan 'Merdeka March For Jalan Sultan' anjuran Komuniti Jalan Sultan dan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCHA) yang dijangka diadakan dari Gospel Hall, Jalan Hang Jebat melalui Jalan Sultan sebelum menuju ke Dataran Merdeka.
"Selain untuk menghindarkan kejadian tidak diingini, pemantauan juga dibuat bagi mengelakkan berlaku kesesakan lalu lintas," katanya.
Mengenai perkembangan kes dua 'bouncer' mati ditembak di hadapan kelab hiburan Madurai, Jalan Dooraisamy Ahad lepas, Mohmad berkata sehingga hari ini polis menahan 15 lelaki yang dipercayai terlibat dalam pergaduhan itu.
"Kami juga sedang memburu suspek utama yang melepaskan tembakan," katanya. - BERNAMA

Tiada sebab untuk pertikai tema Janji Ditepati: Najib
ALOR SETAR, KHAMIS, 30 Ogos, 2012:: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menegaskan tiada sebab untuk sesiapa mempertikaikan tema sambutan Hari Kebangsaan 'Janji Ditepati' kerana ia merupakan asas yang mulia.
Beliau berkata, 'Janji Ditepati' adalah prinsip dalam agama Islam, sesuatu yang universal dan sebagai orang Islam, perlu untuk mengikat janji.
"Tiada sebab untuk pertikai tema ini melainkan orang itu tak biasa tunaikan janji. Saya akan pertahan prinsip ini sebagai teras asas yang mulia.
"Janji dengan Allah adalah yang terbesar. Janji sesama manusia, orang akan percayakan kita kalau janji itu ditunaikan," katanya ketika berucap pada Majlis Aidilfitri 1Malaysia Bersama Perdana Menteri di perkarangan Stadium Darul Aman di sini hari ini.
Perdana Menteri berkata, soal janji juga bukanlah terhad kepada kerajaan atau wakil rakyat semata-mata, malah rakyat biasa turut perlu berjanji.
Najib berkata, sekiranya mahukan negara aman, stabil dan bertambah makmur, rakyat mesti berjanji untuk menyumbang kepada keamanan dan kemakmuran.
"Semua pihak ada janji masing-masing, pada Allah, manusia dan kerajaan, maka manusia akan bertambah maju dan berjaya. Sebagai kerajaan kalau berjanji, perlu ditunaikan," katanya.
Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Mahathir.
Majlis yang dianjurkan oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN) negeri itu dihadiri lebih 50,000 orang. Setiap UMNO bahagian dan parti komponen BN turut mengambil bahagian dengan menyediakan gerai pelbagai jenis makanan. - BERNAMA

Mahkamah tolak 4 permohonan suami pertikai jantina Sri Wani
![]() |
Sri Wani Choo Abdullah |
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 30 Ogos, 2012: Usahawan Produk Kecantikan, yang menjadi perhatian media selepas jantinaya dipertikai suami, Sri Wani Choo Abdullah bersyukur dan gembira selepas Mahkamah Tinggi Syariah membatalkan kesemua empat permohonan yang difailkan suaminya, Professor Dr Baharom Sanugi di sini, semalam.
Hakim Syarie Abdul Walid Abu Hassan membatalkan empat permohonan bekas Dekan sebuah Instutusi Pengajian Tinggi Awam itu termasuk permohonan faraq nikah (dipisahkan perkahwinan) dan perintah mahkamah agar Sri Wani menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) selepas meragui jantina sebenar wanita terbabit, lapor Sinar Harian
Mahkamah turut menolak permohonan komital (pemenjaraan) dan perintah menegah Sri Wani daripada mengeluarkan kenyataan kepada pihak media yang difailkan oleh Bahrom sebelum ini.
Berikutan itu, mahkamah mengarahkan Baharom untuk membayar kos kepada plaintif sebnyak RM3,000 bagi setiap kes yang difailkan kerana telah membuang masa dan kos plaintif, yang perlu diselesaikan dalam tempoh satu bulan dari kes itu dibacakan.
Abdul Walid berkata, keputusan tersebut dibuat selepas meneliti afidavit permohonan yang difailkan Sri Wani yang memohon untuk menggantung semua prosiding mahkamah kerana Baharom bukan seorang permastautin tetap dalam Wilayah Persekutuan.
“Responden telah gagal memberikan bantahan dan menyerahkan affidavit kepada mahkamah walaupun mahkamah telah memberikan tempoh yang mencukupi kepada pihak responden,” katanya.
Abdul Walid berkata, mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes yang difailkan pemohon, sekali gus membatalkan keempat-empat permohonan Baharom.
Hakim turut menolak apabila peguam Baharom cuba membantah keputusan berkenaan, dan meminta mereka membuat rayuan dalam tempoh 14 hari sekiranya tidak berpuas hati dengan keputusan itu sambil menyifatkan pihak responden tidak serius dalam kes berkenaan.
Sementara itu, Baharom yang diwakili peguam Muhammad Hafiz Ab Rashid terdahulu memberitahu mahkamah, alamat yang digunakan anak guamnya di Taman Datuk Senu sememangnya bukan bukan rumah miliknya, sebaliknya Baharom hanya menyewa salah sebuah bilik di rumah itu.
Pada 6 Julai lalu, Sri Wani memfailkan permohonan di Mahkamah tersebut untuk menggantung prosiding perbicaraan dan soal balas permohonan komital bekas Dekan Profesor Dr Baharom Sanugi terhadap isterinya, Sri Wani Choo Abdullah sehingga mendapat keputusan sama ada kuasa mahkamah mendengar kes pasangan itu atau sebaliknya.
Isu bidang kuasa mahkamah ditimbulkan Sri Wani pada prosiding sebelum ini kerana dia mendakwa suaminya menipu alamat penyampaian di Kuala Lumpur dalam semua dokumen kes itu, sedangkan alamat sebenar adalah di Batu Caves.
Baharom Sanugi, 61, mengesyaki Sri Wani lelaki, telah memfailkan permohonan membatalkan perkahwinan selepas setahun mengahwini isteri ketiganya itu, seorang pengusaha produk kecantikan, yang memeluk Islam pada 2001.
Pasangan tersebut bernikah pada 19 Ogos 2009 di Songkhla, Thailand dan mendapatkan sijil nikah di Kedah.
Sementara itu, Sri Wani, yang ditemani peguam Boestamam Ahmad, ketika ditemui media menyatakan kesyukuran kepada ALLAH SWT dan berterima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan kepadanya selama ini.
“Segala hinaan selama ini saya telan, walapun sangat pahit untuk saya lalui. Alhamdulillah hari ini saya bebas kerana ALLAH masih sayangkan saya.
Selama ini saya terpaksa menutup mulut dapada memberi sebarang kenyataan kepada pihak media, kerana saya dalam injunksi mahkamah, hari ini saya bebas. Hanya Allah balas jasa baik semua,”katanya.
Turut hadir peguam Sri Wani, Ahmad Izuddin Fakhrullah dan wakil Sukaguam, Nur Hafidzah Mohd. Yusuff.
DBKL tak benar berhimpun
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 30 Ogos, 2012: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak akan membenarkan sebarang perhimpunan yang bertentangan dengan mana-mana perundangan terpakai di sekitar Dataran Merdeka, daripada diadakan.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib berkata, kawasan air pancut di Jalan Raja juga tidak dibenarkan memandangkan ia merupakan kawasan 'Landskap Bandar' yang diselia agensi itu.
"Sehingga kini, kita tidak menerima sebarang permohonan daripada pihak tertentu untuk mengadakan perhimpunan malam ini dan kelulusan tidak akan diberi sekiranya terdapat permohonan.
"Tambahan pula persiapan menyambut ulang tahun kemerdekaan negara ke-55 sedang dibuat di sekitar Dataran Merdeka.
"DBKL akan menghantar pasukan penguat kuasa untuk mengawal keselamatan dan keselesaan orang awam dengan kerjasama pihak polis," katanya pada sidang akhbar ketika mengadakan lawatan di Persiaran Endah di sini hari ini. - UTUSAN

Jangan politikkan isu kesihatan penduduk Bukit Koman: Liow
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 30 Ogos, 2012:: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini kesal dengan tindakan sesetengah pihak sengaja menggunakan isu kesihatan untuk mendapatkan modal politik dan mempermainkan masalah yang berlaku di Bukit Koman, Pahang.
Beliau berkata, pelbagai langkah diambil untuk memastikan masalah yang dialami penduduk, termasuk mengadakan lawatan dan kajian terperinci mengenai kesihatan penduduk terbabit sejak 2009.

“Kita juga sudah mengadakan perbincangan dengan beberapa pihak termasuk kumpulan Anti-Cyanide bagi memastikan apa jua kajian yang dilakukan dapat diberikan kepada kita.
“Berdasarkan kajian dijalankan, mereka menyatakan bahawa 78 peratus daripada penduduk di kawasan itu jatuh sakit berikutan operasi lombong emas di Bukit Koman yang terletak di Daerah Raub itu.
“Bagaimanapun, apabila kita minta senarai 383 penduduk yang mereka nyatakan itu, mereka masih tidak dapat memberikan kepada kita hingga sekarang,” katanya ketika sidang di sini, hari ini.
Laporan sebelum ini menyebut, pembangkang bercadang mengadakan Himpunan Hijau pada 2 September ini bagi menghalang Raub Australian Gold Mining (RAGM) terus beroperasi selepas kononnya aktiviti perlombongan itu menyebabkan penduduk terdedah kepada penyakit kulit.
Mengulas lanjut, Liong berkata antara langkah diambil termasuk menubuhkan Pasukan Kajian Kesihatan bagi mengenal pasti punca jangkitan penyakit kulit yang melanda penduduk Bukit Koman secara terperinci.

Penganggur dihukum gantung kerana bunuh bapa mertua
JOHOR BAHRU, KHAMIS, 30 Ogos, 2012: Seorang penganggur dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah membunuh bapa mertuanya dengan menikam menggunakan pisau rambo, dua tahun lalu.
Pesuruhjaya Kehakiman Samsudin Hassan menjatuhi hukuman itu terhadap Mohd Azuwa Talib, 25, selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Mohd Azuwa, yang memiliki seorang anak lelaki berusia tiga tahun, dituduh membunuh Armen Suardi, 55, yang merupakan peniaga runcit di rumah bernombor 51, Jalan Bendahara 3, Bandar Tenggara, dekat Kota Tinggi, antara jam 2.30 petang dan 5.20 pagi, 8 November dan 9 November 2010.
Kesalahan yang dilakukan di rumah bapa mertuanya itu dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.
Dalam penghakimannya, Samsudin berkata, dua tikaman di badan dan satu lagi di kepala yang menembusi tengkorak serta otak Armen jelas membuktikan kejadian itu disengajakan tertuduh.
"Pergaduhan antara tertuduh dan si mati juga bukan pertama kali. Terdapat dendam antara tertuduh dan si mati sejak tertuduh berkahwin dengan anak perempuan si mati. Ini bukan rekaan kerana terdapat kata kesat dan sikap dingin tertuduh terhadap si mati.
"Keterangan tertuduh yang mengatakan dia hanya mempertahankan diri juga tidak menepati nas undang-undang. Jadi, mahkamah tiada pilihan lain selain menjatuhi hukuman mati terhadap tertuduh mengikut peruntukan undang-undang Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu gantung di leher sampai mati," katanya.

Pendakwaan dikendalikan Ketua Unit Pendakwaan Johor Umar Saifuddin Jaafar dan Timbalan Pendakwa Raya Jasmee Hameeza Jaafar manakala Mohd Azuwa diwakili peguam Ruhaizamin Johari dan Ummu Aiman Azizan. - BERNAMA
Sewa bas PRU13 tak guna duit kerajaan: Khalid Ibrahim
![]() |
Khalid Ibrahim |
Katanya, bas berkenaan yang disewa untuk tempoh enam bulan dibiayai sepenuhnya beliau sendiri tanpa melibatkan satu sen pun wang rakyat dan wang kerajaan negeri.
“Semua kos melibatkan bayaran kepada pemandu dan bantuan teknikal dimasukkan dalam kos sewaan itu tanpa melibatkan seorang pun kakitangan kerajaan negeri.
“Justeru, saya menasihatkan pihak-pihak tidak bertanggungjawab menghentikan fitnah dan tohmahan jahat yang menuduh bas berkenaan disewa menggunakan wang Kerajaan Selangor dan wang rakyat,” katanya dalam satu kenyataan dipetik Sinar Harian, hari ini.
Bas dua tingkat ini yang telah diubahsuai dengan dilengkapi platform untuk berceramah dan sistem bunyi akan memulakan siri jelajah ke Kelantan, Pahang, Kedah, Perak dan Perlis bermula esok sehingga 2 September diketuai Ketua Umum PKR, Seri Anwar Ibrahim.
Tema Merdeka Masyarakat Adil jadi nama
![]() |
*MAS Adilah bersama anak-anaknya ketika sambutan Aidilfitri kali ini. (Dari kiri) Muhammad Hidayat Ali, 13, Hijjaznur Ali, 7, dan Hirsyamnur Ali, 8. RUZY ADILA IDRIS |
SIAPA menyangka tema Hari Kemerdekaan pada 1972 iaitu "Masyarakat Adil" akan menjadi catatan istimewa seorang bayi perempuan yang lahir pada awal pagi 31 Ogos lalu diberi nama Mas Adilah Dzulkapli.
Mas, 40, akhirnya dilahirkan tepat jam 1.30 pagi di Hospital Assunta, Petaling Jaya.
"Mak kata dia sakit macam biasa, sama seperti orang hendak bersalin dan ketika tanda-tanda bersalin sudah kelihatan, adik ipar mak yang hantar ke hospital.
"Alhamdulillah, kata mak proses kelahiran saya berjalan dengan lancar, cuma masa itu tidak macam sekarang, kelahiran anak merdeka boleh masuk akhbar," katanya kepada Sinar Harian Online.
Ketika ditanya apakah perasaan menjadi anak merdeka, Mas memanjat kesyukuran kerana ditakdirkan lahir pada tarikh itu.
Katanya, setiap tahun, satu Malaysia akan menyambut 'harijadinya'.
"Seperti orang lain, sambutan hari jadi saya akan disambut bersama keluarga dan ibu akan menyediakan kek serta saya berpeluang untuk meniup lilin.
"Masa muda-muda dulu, saya ada juga pergi mengikuti sambutan kemerdekaan di Dataran Merdeka bersama ibu dan bapa saudara saya, cuma sekarang ini sudah tidak buat lagi aktiviti itu disebabkan oleh kekangan masa," ujar ibu kepada tiga cahaya mata lelaki ini.
Tambah Mas, dia sengaja pergi ke Dataran Merdeka untuk merasai detik-detik laungan "Merdeka, Merdeka, Merdeka".
Katanya, perasaan ketika laungan itu dibuat sangat teruja dan seronok kerana semua orang, tidak kira bangsa ataupun agama akan bersatu untuk meraikan mengimbau nostalgia yang tidak boleh dilupakaan semasa tarikh 31 Ogos, Mas berkata, ketika dia sedang menunggu detik kemerdekaan di Dataran Merdeka pada 1992, orang ramai sudah berpusu-pusu untuk mendapatkan tempat duduk di padang.
"Saya bersama-sama ibu saudara dan suaminya seorang warga Itali bersemangat untuk berkumpul ramai-ramai walaupun terpaksa meletakkan kereta sangat jauh dari tempat sambutan.
"Masa itu, ulang tahun saya yang ke 20. Dek kerana terlalu bersemangat hendak pergi, kami tidak membawa apa-apa lapik tetapi tetap sanggup duduk dan menunggu bunga api dan laungan merdeka," kata anak jati Selangor ini lagi.
Mas yang bertugas sebagai kerani di sebuah syarikat swasta ini berkata, bagi dirinya sendiri, erti kemerdekaan itu sangat besar.
"Misalnya, walaupun negara kita sudah 55 tahun merdeka tetapi masih ada di antara kita yang masih dikuasai pengaruh dadah, jadi bagi golongan ini, mereka belum merdeka sepenuhnya.
"Merdeka untuk saya pula ialah bila saya mampu berdiri di atas kaki saya sendiri. Bukan maksud saya hidup dengan famili seperti dikongkong, maksud saya bila saya dapat berdikari untuk membela keluarga saya di dunia dan di akhirat," jelas anak bongsu dari dua beradik perempuan ini.
Mengulas mengenai sambutan hari jadinya tahun ini, Mas tidak ada merancang apa-apa yang istimewa dan kemungkinan akan membawa anak-anaknya merasai pengalamannya menyambut Hari Kemerdekaan di Dataran Shah Alam.
Subscribe to:
Posts (Atom)