My Add

Friday 31 August 2012

Brian Chen buka ruang untuk anak jadi chef profesional

Oleh NURULANUAR MANSORKUALA LUMPUR, jumaat, 31 Ogos, 2012: Impian untuk menjadikan anak-anak anda seorang yang "celik kulinari" tanpa perlu berbelanja besar kini semakin menjadi kenyataan dengan kewujudan laman web www.abangbrian.com.

Laman interaktif kelas masakan kanak-kanak kendalian finalis Master Chef Malaysia, Brian Chen ini bertujuan untuk membentuk kemahiran kulinari anak-anak melalui video-video interaktif, permainan dalam talian dan artikel-artikel menarik.

Menurut Brian yang lebih mesra dipanggil Abang Brian, bahan-bahan yang juga bertujuan untuk menanamkan nilai-nilai positif melalui masakan dan seni kulinari seperti keselamatan di dapur serta adab meja makan ini juga boleh dimuat turun oleh sesiapa sahaja secara percuma.

“Ilham untuk mengadakan laman web ini timbul berdasarkan pengalaman bermain masak-masak sewaktu kanak-kanak yang mana banyak mengajar saya dan rakan-rakan nilai-nilai positif kehidupan.

“Saya, seperti juga ibu bapa yang lain mahu berkongsi pengalaman ini dengan generasi muda dan laman web ini merupakan cara terbaik untuk melakukannya," katanya kepada Utusan Online di sini semalam.

Laman usaha sama Brian dan Young Chefs Academy Malaysia (YCAM), yang akan dilancarkan secara rasminya hari ini, turut menyediakan kelas-kelas masakan fizikal secara mingguan.

Brian berkata, laman web ini juga dapat merangsang kreativiti anak-anak selain membantu ibu bapa mengadakan aktiviti bermanafaat bagi mengisi masa lapang anak-anak.

Para ibu bapa boleh menghantar emel ke info@abangbrian.com atau pergi ke pautan www.abangbrian.com untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai www.abangbrian.com. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment