My Add

Friday 31 August 2012

Suhakam terkejut perogol gadis bawah umur dihukum ringan

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 30 Ogos, 2012: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menyuarakan kebimbangan terhadap bentuk hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah ke atas dua lelaki yang didapati bersalah merogol gadis bawah umur baru-baru ini.

Pengerusinya, Tan Sri Hasmy Agam berkata, Suhakam terkejut apabila kerelaan mangsa yang masih kanak-kanak, dijadikan satu daripada faktor untuk meringankan hukuman dalam kedua-dua kes berkenaan.

Jelas beliau, undang- undang keseksaan mengiktiraf kanak-kanak perempuan di bawah umur 16 tahun mungkin kurang tahap kematangan yang diperlukan untuk memberi keizinan bagi hubungan seksual.

''Kelemahan kanak-kanak juga diiktiraf oleh Konvensyen Hak Kanak-Kanak yang menyatakan kanak-kanak atas sebab ketidakmatangan fizikal dan mental memerlukan perlindungan dan penjagaan khas termasuk perlindungan undang-undang yang sesuai," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment