SHAH ALAM, KHAMIS, 30 Ogos, 2012: Badan Pengutip Royalti Hak Pelaku dan Persembahan Artis Sdn. Bhd. (Prism), akan memfailkan saman terhadap Datuk Sheila Majid atas dakwaan penyanyi itu gagal membuat permohonan maaf dan enggan menarik balik kenyataan berunsur fitnah terhadap badan itu baru-baru ini.
Hasrat Prism itu dinyatakan dalam laporan polis yang dibuat oleh Ahli Lembaga Pengarahnya, Datuk M. Daud Wahid di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini pada kira-kira pukul 5 petang ini.
Menurut M. Daud, saman yang dianggarkan RM6 juta itu akan difailkan menerusi firma guaman yang dilantik oleh Prism, Tetuan Bustamam & Co.
Beliau mendakwa, tindakan tersebut dibuat kerana Ratu Jazz itu telah membuat kenyataan, beliau tidak menerima penyata bayaran royalti miliknya daripada Prism sebanyak RM5,000 pada tahun lalu yang nyata berunsur fitnah. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment