My Add

Thursday 30 August 2012

Pencapaian FGV, pembangkang kelam-kabut

KUALA LUMPUR, RABU,  29 Ogos, 2012: Pembangkang kini semakin kelam-kabut ekoran pencapaian memberansangkan Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) selepas ia disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia pada 28 Jun lalu.

Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, segala tohmahan yang dilontarkan pembangkang berhubung penyenaraian FGV selama ini terbukti tidak benar.

“Pembangkang pernah mendakwa kononnya peneroka Felda terpaksa menanggung kerugian besar apabila nilai saham FGV jatuh merudum. Mereka juga mendakwa peneroka akan kehilangan tanah.

“Namun, semua itu tidak berlaku. Peneroka menerima keuntungan yang besar, malah dapat menikmati dividen interim hasil kejayaan daripada penyenaraian FGV," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam berhubung pemberian dividen interim tersebut hasil keuntungan penyenaraian saham FGV dua bulan lalu.

Mohd. Isa menambah, pembangkang pasti mencari isu-isu lain berkaitan Felda untuk diputarbelitkan bagi mengalih perhatian rakyat daripada pelbagai isu yang melanda mereka.

Berhubung kaedah pengagihan dividen interim itu, jelas beliau, perkara tersebut sedang diperincikan dan akan diumumkan dalam masa terdekat. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment