My Add

Thursday 30 August 2012

Nasharudin tak layak gesa Pas keluar pakatan: Khalid Samad

SHAH ALAM, RABU, 29 Ogos, 2012: Pas Selangor menegaskan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa tidak layak membuat gesaan atau pendirian supaya parti itu keluar daripada pakatan pembangkang berhubung isu pelaksanaan hukum hudud dan penubuhan negara Islam.

Timbalan Pesuruhjaya III Pas negeri, Khalid Abdul Samad berkata, kenyataan Nasharudin yang juga Ahli Parlimen Bachok mengenai isu itu sebenarnya tidak mewakili suara majoriti pemimpin serta ahli parti tersebut.

Pada masa sama, beliau turut menganggap Nasharudin tidak mempunyai sokongan majoriti ahli parti selepas tewas dalam pemilihan Pas bagi merebut jawatan Timbalan Presiden Pas.

"Tidak semestinya apabila Nasharudin membuat kenyataan sedemikian, majoriti ahli Pas menyokongnya. Malah, beliau sendiri dilihat tidak banyak menyertai dan bersama ahli-ahli serta pemimpin parti termasuk tidak turun ke kawasannya di Bachok," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment