My Add

Friday 31 August 2012

Lelaki maut kereta langgar pokok di Kuantan

KUANTAN, JUMAAT, 31 Ogos, 2012: Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya terbabas lalu merempuh dua batang pokok di Jalan Lim Hoe Lek di sini, awal pagi tadi.


Pegawai Penguatkuasa Tadbir/Trafik Negeri Pahang, Asisten Superintendan Zainalabidin Othman berkata, Muhd Nur Azizul Abd Jalil, 28, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Katanya, dalam kejadian jam 4.15 pagi itu, mangsa memandu dari arah pusat membeli-belah Capital Mall menuju Jalan Lim Hoe Lek.

"Selepas melalui lampu isyarat di Jalan Lim Hoe Lek, kereta mangsa dipercayai tiba-tiba hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan lalu merempuh dua batang pokok di situ," katanya di sini hari ini.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment