My Add

Thursday 30 August 2012

RM1 juta hadiah cabutan bertuah merdeka esok

KUALA LUMPU, RABU,R 29 Ogos, 2012: Sejumlah RM1 juta hadiah cabutan bertuah ditawarkan kepada pengunjung yang hadir ke Himpunan 55 Tahun Merdeka: Janji Ditepati di Stadium Nasional Bukit Jalil, Jumaat ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Kamarudin Siaraf (gambar) berkata, hadiah tersebut disediakan bagi menyemarakkan lagi suasana sambutan ulang tahun kemerdekaan tahun ini, selain menarik lebih ramai pengunjung.

"Sebanyak satu juta kad cabutan bertuah telah disediakan dan diedarkan kepada orang ramai di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

"Para pengunjung yang belum mendapatkan kad tersebut boleh memperolehnya di pintu-pintu masuk stadium pada hari berkenaan," katanya pada sidang akhbar Cabutan Bertuah 55 Tahun Merdeka: Janji Ditepati di Kompleks Sultan Abdul Samad, di sini hari ini.

Menurut Kamarudin, hadiah-hadiah tersebut adalah sumbangan beberapa syarikat korporat di negara ini yang berbesar hati untuk berbuat demikian sempena bulan kemerdekaan.

"Antara hadiah menarik yang ditawarkan termasuklah sebuah kereta Proton Preve dan Chevrolet Cruze, tiket penerbangan, empat buah motosikal, 10 basikal Fixie serta puluhan gajet seperti iPhone, iPad, Macbook, dan BlackBerry.

"Orang ramai hanya perlu mengisi nama dan nombor telefon pada kad cabutan tersebut dan memasukkan keratan ke dalam kotak-kotak yang disediakan di semua pintu masuk stadium berkenaan," katanya.

Menurutnya, kad cabutan tersebut adalah serampang dua mata kerana ia bukan sekadar untuk cabutan bertuah tetapi turut mengandungi ucapan hari raya daripada Perdana Menteri dan Timbalannya untuk semua pengunjung.

Selain itu katanya, program 'Tweet Merdeka' bersama Perdana Menteri selama sejam turut diadakan semasa himpunan itu bagi memecahkan rekod dunia sebagai perhimpunan pengguna Twitter terbesar di dunia dengan pencapaian 10,000 pengguna.

"Ia juga bertujuan untuk menempa rekod baharu di dalam Malaysia Book of Records sebagai jumlah Tweet terbanyak dalam tempoh satu jam dengan menggunakan hashtag #Merdeka55.

"Perdana Menteri akan memilih tiga Tweet bertuah untuk dibaca dan menerima hadiah istimewa pada hari tersebut," katanya.

Sebarang kemusykilan dan pertanyaan tentang program sempena kemerdekaan termasuk cabutan bertuah dan Tweet Merdeka boleh die-melkan ketwtupmerdeka@gmail.com atau ikuti di @TwtUpMerdeka di Twitter dan Like FanPage 55 Merdeka, Janji Ditepati di Facebook. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment