PUTRAJAYA, KHAMIS, 30 Ogos, 2012: Golongan mat rempit akan menjadi tumpuan utama Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam pendekatan membanteras kegiatan jenayah di peringkat akar umbi yang membabitkan golongan tersebut.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, KDN akan bekerjasama dengan pihak berkepentingan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk merangka pendekatan sesuai bagi mencapai tujuan tersebut.
Katanya, langkah itu juga adalah kesinambungan usaha KDN sebelum ini yang melibatkan pelbagai pihak termasuk pemilik pusat beli-belah serta NGO berkaitan wanita dan kanak-kanak jalanan.
"Hanya kerana mat rempit yang dipandang negatif, tidak bermakna kita perlu mengabaikan mereka dan tanpa usaha sedemikian, pandangan tersebut akan terus melekat.
"Saya akui jika mereka bersama-sama dengan kita sudah pasti KDN akan menghadapi banyak cabaran dan kritikan tetapi dengan bimbingan yang betul, usaha itu akan menjadi kenyataan," katanya. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment