My Add

Friday 31 August 2012

Rakyat diseru bantu masyarakat Rohingya

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 30 Ogos, 2012: Orang ramai diseru membantu meringankan penderitaan etnik Rohingya dan Rakhine yang kini menjadi mangsa konflik kemanusiaan di Myanmar.

Setiausaha Agung Malaysian Relief Agency (MRA), Dr. Mohd. Daud Sulaiman berkata, mereka boleh melakukan usaha itu dengan memberi sumbangan kepada Tabung Kemanusiaan Rohingya anjuran MRA dengan kerjasama Kumpulan Utusan yang kini telah terkumpul sebanyak RM130,436.

"Kita berharap lebih ramai pihak korporat dan individu menyalurkan sumbangan kepada tabung itu.

"Dua pegawai MRA juga akan berlepas ke Yangon, Myanmar, Isnin ini untuk membuka pejabat satelit MRA dan menghantar bantuan. Pasukan sukarelawan pula akan menyusul kemudian," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tabung tersebut dilancarkan pada 14 Ogos lalu bertujuan menyalurkan sumbangan asas seperti beras, air bersih dan khemah kepada masyarakat Rohingya di Myanmar. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment