My Add

Wednesday 29 August 2012

Peniaga kerugian RM100,000 ditipu pegawai 'Bank Negara'

LIMBANG, RABU, 29 Ogos, 2012:: Seorang peniaga berusia 33 tahun kerugian RM116,769 dalam tempoh dua hari angkara tindakan seorang wanita yang menyamar sebagai pegawai Bank Negara.

Pegawai Penyiasat Polis Limbang, Inspektor Kantharuban Rajoo, berkata mangsa seorang lelaki rakyat tempatan itu menerima panggilan dari wanita berkenaan yang memperkenalkan diri sebagai Miss Tan, petang Isnin lalu.

Wanita itu menyatakan bahawa mangsa mempunyai hutang kad kredit UOB tertunggak sebanyak RM5,796 dan pembayaran perlu dibuat dengan segera bagi mengelakkan akaun lain mangsa dibekukan oleh Bank Negara.

"Walaupun mangsa tidak pernah memiliki kad kredit itu namun mungkin atas sebab panik, pembayaran dilakukan pada hari yang sama.

"Keesokannya (28 Ogos) orang yang sama membuat panggilan untuk meminta mangsa memindahkan wang dari akaun Maybank milik mangsa ke akaun lain bagi mengelakkan akaunnya dibeku," kata Kantharuban kepada pemberita di sini, hari ini.

Kantharuban berkata, mangsa segera memindahkan wang berjumlah RM111,000 selepas menerima panggilan itu ke akaun milik seorang yang bernama Azimah Abdullah.

Tetapi bila mangsa membuat panggilan ke Bank Negara hari ini untuk tindakan susulan, beliau dapati tiada pegawai yang mempunyai nama berkenaan.
Kantharuban berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh menghubungi beliau di telefon bimbit 012-3029896. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment