My Add

Thursday 30 August 2012

10 NGO Islam buat laporan polis terhadap Karpal, Donald Lim

KUALA LUMPUR, RABU, 29 Ogos, 2012: Sebanyak 10 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam hari ini tampil membuat laporan polis terhadap dua ahli politik yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan berhubung konsep negara sekular dan usaha untuk menghalang sebuah negara Islam di negara ini, baru-baru ini.

Dua ahli politik tersebut ialah Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Pengerusi MCA Selangor, Datuk Donald Lim.

Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) yang diwakili pengerusinya, Aminuddin Yahya mengetuai NGO itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini pukul 2 petang ini.

Menurut Aminuddin, kenyataan Karpal disiarkan dalam portal The Malaysian Insider bertajuk 'Hudud tidak boleh dilaksanakan di Malaysia yang sekular' dan 'Pas tentang perlembagaan kerana isytihar negara Islam' dalam The Star Online, menggambarkan kejahilan beliau tentang peranan Islam di negara ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment