KUALA LUMPUR, RABU, 29 Ogos, 2012: Sime Darby Bhd. (Sime Darby) bercadang menggandakan bank tanahnya terutama untuk bahagian perladangannya menjelang 2016.
Presiden dan Ketua Eksekutifnya, Datuk Mohd. Bakke Salleh berkata, pihaknya sedang meninjau peluang untuk menambah bank tanah terutama di Indonesia dan Afrika.
''Cadangan peningkatan bank tanah itu adalah sangat ketara dan kami sedang bekerja keras untuk memastikan ia dapat dicapai.
''Kumpulan meletakkan sasaran menggandakan bank tanah tersebut iaitu pada 2015 atau 2016,'' katanya.
Sementara itu Sime Darby Bhd. (Sime Darby) mencatatkan prestasi terbaik dengan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM5.7 bilion bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2012 berbanding RM5.4 bilion untuk tempoh yang sama sebelumnya.
Kumpulan turut merekodkan keuntungan bersih sebanyak RM4.2 bilion bagi tahun kewangan 2011/2012 iaitu peningkatan sebanyak 13 peratus berbanding tahun lalu.
Keuntungan bersih itu telah melepasi sasaran indeks prestasi utama (KPI) sebanyak RM3.3 bilion yang ditetapkan sebelum ini, iaitu peningkatan sebanyak 27 peratus.
Pulangan kepada pemegang saham juga bertambah baik kepada 16.6 peratus berbanding sasaran KPI 13.3 peratus.
Presiden dan Ketua Eksekutifnya, Datuk Mohd. Bakke Salleh berkata, kumpulan masih mampu mencatatkan prestasi kewangan baik walaupun sumbangan dari bahagian perladangan yang rendah tetapi ia diimbangi oleh kedudukan kukuh bahagian industri dan motor. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment