My Add

Friday 31 August 2012

Wanita rempuh mati 9 individu dipenjara 15 tahun.

*AFRIYANI Susanti (tengah) diiringi polis ketika dibawa keluar dari Mahkamah Negeri Jakarta, kelmarin. - AGENSI

Oleh SAHARUDIN MUSTHAFA

JAKARTA, KHAMIS, 30 Ogos, 2012: Seorang wanita, Afriyani Susanti, 29, yang memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan sembilan orang awam terbunuh awal tahun ini, dijatuhi hukuman penjara 15 tahun.

Keputusan Hakim Mahkamah Negeri Jakarta menjatuhkan hukuman itu semalam, bagaimanapun mendapat tentangan daripada keluarga mangsa yang berpendapat tempoh itu terlalu ringan.

Semasa keputusan dibacakan Ketua Hakim, Antonius Widyatono, Afriyani disifatkan memandu dalam keadaan lalai sehingga menyebabkan sembilan orang terbunuh sementara tiga orang lagi mengalami kecederaan.

Ketika kejadian, Afriyani memandu di bawah pengaruh ubat terlarang dan dalam keadaan mabuk. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment