My Add

Friday 31 August 2012

Polis berjaya kawal keselamatan di Dataran Merdeka

Oleh AZRAI MOHAMMAD
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 31 Ogos, 2012: Pihak polis berjaya mengawal baik kehadiran kira-kira 6,000 rakyat Malaysia di perkarangan Dataran Merdeka sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55 tengah malam ini, walaupun terdapat segelintir penyokong Perhimpunan Janji Bersih hadir dipercayai bertujuan memburukkan kerajaan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku kecuali pihaknya menahan dua individu yang didapati membakar mercun di kawasan terbabit.

"Kira-kira 6,000 orang hadir ke sini bagi menyaksikan pertunjukkan bunga api. Keadaan semuanya terkawal dan mereka mula beredar selepas tengah malam," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurut Zainuddin, seramai 205 pegawai dan anggotanya yang terlibat dalam mengawal keadaan di dataran itu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, polis akan menyiasat lanjut tindakan Sasterawan Negara, A. Samad Said yang membaca puisi ketika sambutan itu sekiranya ia melanggar undang-undang.

Puisi berkenaan, menggesa supaya orang ramai memakai pakaian berwarna kuning sebagai simbolik tuntutan dalam perhimpunan itu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment