My Add

Friday 31 August 2012

Operasi bil air tertunggak di Lembah Klang mulai Isnin

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 31 Ogos, 2012: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) akan menjalankan operasi bil tertunggak di beberapa kawasan sekitar Lembah Klang mulai Isnin.

Syabas dalam satu kenyataan di sini, berkata tindakan pemotongan bekalan air akan dilakukan kepada pengguna yang gagal menjelaskan bil tertunggak dan mereka akan dikenakan caj pemotongan RM25 serta caj penyambungan semula RM25.

Operasi dijalankan di Kuala Lumpur, Hulu Langat, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Petaling, Sepang dan Sabak Bernam, kata kenyataan itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment