My Add

Thursday 30 August 2012

Keengganan Suaram dipersoal

Oleh TERMIZI CHE ANUAR
KUALA LUMPUR, RABU, 29 Ogos, 2012: Tindakan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang enggan mendedahkan butiran terperinci siapa pemberi dan jumlah dana diterima selama ini seolah-olah pertubuhan itu mahu menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan umum.

Presiden Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin berkata, Suaram perlu menyatakan secara telus dan jelas tentang sumber dana yang diterima bagi membuktikan perjuangan pertubuhan itu mengikut sistem perundangan negara. - UTUSAN
Tegas beliau, banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negara ini sukar untuk mendapat bantuan kewangan dari luar, tetapi Suaram amat mudah mendapatkan dana sehingga menimbulkan pelbagai persoalan.

“Adakah dana diberikan agar pertubuhan itu memihak kepada pembangkang kerana Suaram dilihat begitu aktif dalam isu pembelian kapal selam Scorpene sehingga mampu menghantar wakil ke Perancis.

No comments:

Post a Comment