My Add

Friday 31 August 2012

Tarif air tidak naik mendadak

Oleh KASTHURI JEEVENDRAN
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 30 Ogos, 2012: Tarif air di Selangor tidak akan naik secara mendadak seperti dakwaan pembangkang tanpa perbincangan antara kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan terlebih dahulu.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, dakwaan tarif air bakal naik sehingga 70 peratus apabila projek pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 siap adalah pembohongan besar.

Katanya, kerajaan negeri cuba menyebarkan fakta palsu untuk mengelirukan rakyat di Selangor agar projek pembinaan tersebut terhenti.

"Bagaimana boleh naikkan kadar tarif air sehingga 70 peratus tanpa sebarang perbincangan antara kedua-dua belah pihak dan juga syarikat konsesi air?

"Kerajaan negeri cuba sebarkan maklumat yang salah supaya boleh menghalang perancangan kerajaan Pusat membina loji sehingga pelbagai jenis alasan dan taktik digunakan oleh mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Aidilfitri anjuran kementeriannya," tegasnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment