My Add

Thursday 30 August 2012

Kempen Op Selamat berkesan

Oleh ILAH HAFIZ AZIZ
KUALA LUMPUR, RABU, 29 Ogos, 2012: Strategi Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperkenalkan kempen Op Selamat hasil penjenamaan semula Ops Sikap dilihat berkesan apabila jumlah kemalangan jalan raya serta jenayah pecah rumah mengalami penurunan memberangsangkan.

Kempen Op Selamat yang tidak lagi tertumpu pada keselamatan jalan raya tetapi turut memberi fokus pada jenayah harta-benda itu menunjukkan kemajuan berbanding tempoh sama pada Ops Sikap Ke-24, tahun lalu.

Ini dibuktikan apabila sebanyak 226 kes kemalangan maut direkodkan dengan melibatkan 243 kematian sepanjang tempoh itu berbanding 259 kes kemalangan maut dan 289 kehilangan nyawa tahun lalu.

Secara keseluruhan kemalangan jalan raya turut merekodkan penurunan 8.5 peratus iaitu sebanyak 17,937 kes di seluruh negara berbanding 19,606 kes pada tempoh yang sama tahun lalu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment