My Add

Thursday 30 August 2012

Polis siasat punca 3 kereta hangus terbakar

GEORGETOWN, KHAMIS, 30 Ogos, 2012: Tiga kereta yang diletakkan di parkir Flat Jalan Semarak Api, Farlim di Jalan Air Itam di sini hangus dalam kebakaran awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng ketika dihubungi berkata, kejadian pada pukul 2.30 pagi itu memusnahkan kereta jenis Perodua Alza, Toyota Altis dan Proton Iswara.

"Kami sedang siasat sama ada kejadian ini berpunca daripada perbuatan khianat atau sebaliknya,” katanya.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – BERNAMA



No comments:

Post a Comment