My Add

Friday, 31 August 2012

Mangsa tembak bekas tahanan Ordinan Darurat

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 31 Ogos, 2012: Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menegaskan lelaki yang ditembak mati di hadapan sebuah sekolah menengah di Selayang Baru, Rabu lalu, bukan pemilik syarikat kawalan keselamatan yang berdaftar dengan KDN.

Sebaliknya semakan KDN mengesahkan K. Amchuthan, 41, adalah bekas tahanan Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969, kata Ketua Setiausahanya Datuk Abdul Rahim Mohamad Radzi dalam satu kenyataan, di sini.

Beliau berkata lelaki itu dibebaskan pada 23 Februari lalu.

"Kes itu sedang dalam siasatan polis dan kementerian berharap semua pihak dapat memberikan ruang kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan selanjutnya," katanya.

Beberapa akhbar sebelum ini melaporkan Amchuthan yang ditembak mati ketika menunggu anak lelakinya yang berusia 16 tahun di hadapan sekolah terbabit, sebagai pemilik sebuah syarikat kawalan keselamatan.

Dalam kejadian itu, isterinya yang ada di dalam kereta bersama mangsa turut cedera pada bahagian pinggang akibat tembakan yang dilepaskan dari jarak dekat.
- BERNAMA

No comments:

Post a Comment