My Add

Friday 31 August 2012

Nenek ditahan dera cucu di Sandakan

SANDAKAN, KHAMIS, 30 Ogos, 2012: Polis di sini, semalam, menahan seorang perempuan yang disyaki mendera cucu lelakinya.


Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Rowell Marong, berkata perempuan berusia 56 tahun itu ditahan selepas polis menerima laporan dari pihak hospital di sini, tempat kanak-kanak itu menerima rawatan.

Menurut laporan awal, mangsa didera di rumah yang didiami bersama neneknya di Sri Taman dekat sini, kata Rowell kepada pemberita pada sidang media, di sini, hari ini.

Rowell yang tidak mendedahkan umur mangsa berkata, perempuan itu direman untuk siasatan lanjut.- BERNAMA

No comments:

Post a Comment