My Add

Friday 31 August 2012

Rohairani selamat jalani pembedahan

KOTA BHARU, KHAMIS, 30 Ogos, 2012: Pergelangan tangan kiri Rohairani Abdullah, 36, yang hampir putus akibat ditetak peragut berjaya diselamatkan selepas menjalani pembedahan kira-kira dua jam di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini petang semalam.

Pegawai Perhubungan Awam HRPZII, Zaid Ahmad berkata, tangan mangsa tidak putus bagaimanapun kecederaan yang dialaminya parah ekoran beberapa saluran darah pembantu klinik itu putus.

"Mangsa dibedah mulai pukul 7.30 malam tadi dan pembedahan itu selesai kira-kira dua jam kemudian. Jahitan di tangan mangsa dibuat dua lapis iaitu bahagian dalam dan luar," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Rohairani ditetak seorang peragut ketika dia berjalan kaki di hadapan kedai tudung Jalan Sultanah Zainab kira-kira pukul 1.20 petang semalam. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment