My Add

Wednesday, 29 August 2012

Polis siasat pegawai AFC pindahkan dana RM10 juta

KUALA LUMPUR, RABU, 29 Ogos, 2012: Polis Malaysia sedang menyiasat dakwaan bahawa seorang pegawai kanan dalam Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) yang dipercayai pecah amanah membabitkan dana hampir RM10 juta.

Ketua Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur, Izany Abdul Ghany, berkata polis bertindak atas aduan yang dibuat oleh pegawai lain dalam konfederasi berkenaan.

Izany berkata, audit rasmi AFC mendapati pegawai berkenaan yang tidak didedahkan identitinya ketika penyiasatan pada peringkat awal dikatakan memindahkan dana konfederasi itu ke akaun bank luar negara pada 2008.

Katanya, pegawai berkenaan yang bukan warganegara Malaysia, boleh didakwa melakukan pecah amanah yang membawa hukuman penjara.

Izany berkata, siasatan menyeluruh kes itu akan diselesaikan dalam tempoh sebulan. - AP

No comments:

Post a Comment