KUALA LUMPUR, RABU, 29 Ogos, 2012: Yayasan Sime Darby menganugerahkan biasiswa dan derma siswa bernilai RM13.9 juta kepada 150 penerima.
Ahli Majlis Tertingginya, Tan Sri Dr. Wan Zahid Mohd. Noordin berkata, biasiswa tersebut bagi membantu mereka melanjutkan pelajaran di dalam dan luar negara.
"Sejak ditubuhkan 30 tahun lalu, RM150 juta biasiswa telah diberi kepada 1,532 penerima yang terdiri daripada pelajar cemerlang, orang kurang upaya (OKU), kurang kemampuan dan sebagainya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Anugerah Biasiswa Yayasan Sime Darby di sini, hari ini.
Pada majlis tersebut juga menyaksikan 10 pelajar menjadi perintis dalam program biasiswa Pertukaran Pelajar yang baharu di China.
Katanya, sebanyak RM22 juta telah diperuntukkan tahun ini untuk 380 penerima biasiswa di Malaysia dan negara luar berbanding hanya RM13 juta pada tahun lepas. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment